As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on December 27, 2017
Kata Annuar Musa – UMNO Lillahi ta’ala atau UMNO “kerana Allah”
Saya nak tanya apakah UMNO mencuri kerana Allah, UMNO menipu kerana Allah, UMNO makan suap dan UMNO sogok duit kerana Allah.
Apakah UMNO pindah pengundi, tukar tempat mengundi, tukar sempadan untuk mencuri pengundi Melayu, UMNO seleweng undi pos kerana Allah.
Annuar sepatutnya junjung Quran dan lafaz bahawa semua yang dunia tahu dilakukan oleh UMNO adalah kerana Allah.