Monday, January 8, 2018

LAYANAN

7btc
As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on November 10, 2017

JABATAN Perdana Menteri pada 9hb November telah mengeluarkan kenyataan berkenaan kemudahan yang diberi kepada Dr Mahathir sebagai mantan Perdana Menteri.

Fakta sebenar berkenaan layanan terhadap Dr Mahathir adalah seperti berikut.

1. Dahulu disewa ruang pejabat di Yayasan Kepimpinan Perdana untuk beliau. Sewa ditamat dan disuruh guna pejabat Kerajaan yang tidak sesuai.

2. Akta Parlimen menyebut akan kelayakan mengguna pesawat terbang Kerajaan. Sekarang tidak dibenar. Sebaliknya sesiapa yang cuba memberi pinjam pesawat persendirian dilapor kepada Jabatan Perdana Menteri.

3. Secara tidak langsung tidak dibenar menggunakan rumah penginapan Kerajaan Persekutuan di London.

4. Dua pengiring motorsikal, 4 pengiring UTK yang dibekal selepas semburan pemedih mata, telah ditarik balik walaupun mantan Perdana Menteri lain masih dibekal.

5. Beberapa kakitangan pejabat dan tukang masak ditarik balik dan diganti dengan yang lain.

6. Dr Mahathir letak jawatan di Proton, Petronas (dilucut sebagai penasihat) dan juga sebagai Canselor Universiti Teknologi Petronas. Tetapi Universiti swasta dinasihat untuk tamatkan Dr Mahathir sebagai Canselor.

7. Perbuatan seperti ini tidak pernah dilakukan kepada bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn walaupun mereka tidak sokong Kerajaan-kerajaan pada masa itu.

8. Kegunaan dewan-dewan untuk Kerajaan Pusat, Negeri diperintah Barisan Nasional dan bandaraya tidak dibenar. Dewan swasta diberi amaran akan menerima padah jika disewa kepada sesiapa yang menjemput Dr Mahathir.

9. Prinsip negara demokratik ialah parti pemerintah tidak boleh guna kemudahan Kerajaan untuk kepentingan parti.

(Updated)