Tuesday, April 5, 2016

UMRAH


As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on April 04, 2016

1.​ Saya berada di Arab Saudi minggu lepas. Ramai sungguh orang Islam membuat umrah. Keadaan sama seperti membuat ibadah Haji. Berduyun-duyun mereka datang. Diantara mereka terdapat ramai orang Melayu Malaysia.

2. ​Umrah adalah satu dari ibadah yang sunat bagi orang Islam. Saya faham yang sunat, jika dilakukan memberi pahala kepada diri pengamal. Jika tidak melakukan, kita tidak berdosa.

3. ​Saya tertanya-tanya jika wang yang dibelanja untuk melakukan ibadah umrah datang dari punca yang haram, umpamanya jika wang itu dicuri, apakah ibadah itu menjadi sah dan memberi pahala?

4. ​Saya hanya bertanya. Sebabnya kerana saya lihat beratus yang dapat buat umrah yang dibiayai oleh orang tertentu yang punca kewangannya masih menjadi persoalan.


Eng Version
UMRAH

1. I was in Saudi Arabia last week. There were really many Muslims performing the Umrah. The situation is the same as during the Hajj period. They come flocking. Among them were many Malaysian Malays.

2. Umrah is a voluntary act of worship (sunat) for Muslims. I understand that being “sunat”, if performed it earns a reward (pahala) to the practitioner. There is no sin (dosa) if not performed.

3. I wonder what if the money spent in performing the umrah comes from illegal sources, for instance if the money was stolen, whether it would be a legitimate worship and earns reward?

4. I am just asking. The reason is because I see hundreds of people who are able to perform the Umrah financed by certain people with still questionable sources of finance.