Tuesday, April 26, 2016

DEKLARASI RAKYAT


As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on April 25, 2016

1. Saya adalah antara empat puluh lima orang yang terawal menandatangani Deklarasi Rakyat mendesak supaya Dato Sri Najib diberhentikan dari menjadi Perdana Menteri Malaysia.

2. Saya menandatangani deklarasi ini kerana semua jalan yang sah untuk menamatkan jawatan Dato Sri Najib sudah ditutup rapat olehnya.

3. Yang pertama UMNO sudah tidak lagi diurus sebagai sebuah parti demokratik yang memberi hak kepada ahli dan pemimpin untuk memilih pemimpin. Dahulu Presiden parti boleh ditegur, dicabar dan ditandingi. Ahli bebas mengundi mana-mana calon yang mereka suka. Sekarang hak ini sudah ditamatkan oleh Najib. Sesiapa yang menegurnya dilucutkan jawatan dan ditamatkan keahlian. Dan bermacam tekanan lain dikenakan.

4. Yang jelas ialah tidak ada lagi harapan atau peluang bagi UMNO menukar pemimpin dan menamatkan salahlaku Najib.

5. Rakyat juga kehilangan hak melapor kepada polis berkenaan salahlaku Najib. Mereka akan disoal, ditangkap, dimasuk dalam tahanan dan dihadapkan ke mahkamah. Peguam mereka juga akan ditangkap.

6. Akhbar dan TV tidak boleh melaporkan berkenaan salahlaku Najib. Rakyat disogok dengan berita palsu menafikan semua dakwaan salahguna kuasa olehnya, berkenaan skandal 1MDB dan 2.6 billion Ringgit yang ada dalam akaun peribadinya, kehilangan berbillion Ringgit duit Kerajaan, kemerosotan kewangan Kerajaan sehingga tidak dapat membekal Kementerian-Kementerian dengan peruntukan mengikut bajet, pemberian wang kepada pemimpin tertentu semasa PRU 13, peranan Jho Low, syarikat dan banknya melesapkan berbillion Ringgit duit 1MDB, cara hidup mewah keluarga Najib yang tidak dapat dibiayai oleh seorang Perdana Menteri dan bermacam lagi.

7. Wakil Rakyat UMNO membisu dan meluluskan apa sahaja akta yang dikemukakan kepada mereka. Undi tidak percaya tidak boleh diadakan kerana wakil rakyat UMNO tidak berani dan tidak akan sokong, walaupun mereka ketahui skandal disekelilingnya.

8. Kemungkinan UMNO memperbaiki keadaan atau menyingkir Najib sudah tidak ada lagi. Ahli UMNO sendiri tidak langsung ternampak mengambil berat akan masalah negara. Kebencian mereka kepada tokoh tertentu mengatasi kesayangan dan kesetiaan mereka kepada negara.

9. Oleh itu hanya rakyat yang cinta dan sayang negara sahaja yang boleh bertindak. Memang tidak ada peruntukan dalam Perlembagaan bagi rakyat bertindak. Tetapi dari sejarah perjuangan melawan Malayan Union, tuntutan rakyat supaya Raja-Raja Melayu menolak Malayan Union berjaya. Kita boleh percaya kali ini juga tuntutan rakyat akan mendapat layanan yang sama.

10. Oleh itu saya rayu kepada rakyat tanpa mengira kaum atau parti supaya menandatangani Deklarasi Rakyat untuk menyelamatkan negara kita Malaysia. Lebih ramai sokongan kepada Deklarasi Rakyat lebih besarlah kemungkinan matlamat menamatkan kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri dicapai.



English Version
DECLARATION OF THE PEOPLE

1. I was among the earliest forty five people who signed the Declaration of the People urging Dato’ Seri Najib be dismissed from being the Prime Minister of Malaysia.

2. I signed this Declaration as all legitimate means to end his post has been tightly closed by Dato’ Seri Najib.

3. First and foremost, Umno is no longer managed as a democratic party which gives rights to its members and leaders to choose their leaders. Formerly, the president can be criticized, challenged and contested. Members are free to vote any candidate they like. Now these rights have been terminated by Najib. Anyone who criticizes him are stripped of his position and his membership terminated. And various other pressures are applied.

4. What is manifest is that there is no longer any hope or opportunities for UMNO to change its leaders and put an end to Najib’s misconduct.

5. People have also lose their right to report to the police on Najib’s wrongdoings. They will be questioned, arrested, kept in custody and brought to court. Their lawyers will also be arrested.

6. Press and TV cannot report Najib’s wrongdoings. People are fed with false news which deny all allegations on abuses of power by him, the 1MDB scandal and 2.6 billion ringgit in his personal account, the lost of billions of ringgit belonging to the Government, the deterioration of the Government’s financial standing and therefore its ability to provide ministries with their budgeted allocations, giving money to the particular leaders during the 13th general election, the role of Jho Low, his bank and company in dissipating billions of ringgit belonging to 1MDB, Najib’s family luxurious lifestyle that is not commensurate with a prime minister’s income, and many more.

7. UMNO’s Members of Parliament are silent and approve all Acts submitted to them. Vote of no confidence cannot be held because UMNO Members of Parliament dare not and will not support, although they know the scandals surrounding him.

8. The possibility of UMNO improving the situation or removing Najib is not there anymore. UMNO members themselves are not directly concerned with the problems facing the country. Their hatred towards certain personalities override their love and loyalty to the nation.

9. Therefore only people who have love and affection for the country that can act. Indeed, there is no provision in the Constitution for the people to act. But from the history of the struggle against the Malayan Union, the demands of the people to the Rulers to refuse the Malayan Union succeeded. We can believe this time again the demands of the people will be accorded the same treatment.

10. Therefore, I appeal to people regardless of race or party to sign the Declaration of the People to save our country Malaysia. The more the support for the Declaration, the greater the chances of achieving the objective of disposing Najib as Prime Minister.