Monday, May 16, 2016

UMNO dan Najib

7btc
As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on May 16, 2016

Wahai Wakil Rakyat UMNO,

Apakah Yang Berhormat-Yang Berhormat tidak tahu dan tidak sedar akan skandal-skandal yang melibatkan Perdana Menteri yang memburukkan imej UMNO dan imej negara?

Jika tidak sedar saya perturunkan disini sedikit sahaja dari salahlaku Najib supaya Yang Berhormat dapat faham akan betapa seriusnya kerosakan yang dilakukan oleh Najib.

a) Najib menubuh “Dana Kekayaan Negara” dengan meminjam RM 42 billion, – sekali gus meningkatkan hutang negara kerana hutang ini dijamin oleh Kerajaan. Tak mungkin syarikat hutang 42,000 kali ganda modal tanpa jaminan.

b) Pelaburan yang dibuat semuanya rugi sehingga tidak dapat bayar faedah pun.

c) Wang yang dipinjam ini sudah hilang sehingga tidak boleh dikesan dengan sah dimana wang ini berada.

d) Tiba-tiba wang sebanyak RM 2.6 billion berada dalam akaun persendirian Najib di Ambank.

e) Agensi-agensi Kerajaan Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, Hong Kong, Luxembourg, United Kingdom, Seychelles dan Emiriah Arab Bersatu sedang menyiasat salahlaku dan rasuah yang melibatkan 1MDB.

f) Switzerland mendakwa berlaku korupsi sebanyak USD 7 billion dalam pengurusan 1MDB.

g) Singapura menangkap seorang pegawai bank yang terlibat dengan salahlaku 1MDB.

h) Malaysia dipandang hina dan Menteri Kewangannya didakwa sebagai Menteri Kewangan yang terburuk di Asia.

i) Laporan oleh PAC mencatit akan penipuan besar berlaku dalam 1MDB. Ini diakui oleh CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy.

j) Mesyuarat agong UMNO tidak dibenar bincang 1MDB dan RM 2.6 billion yang ada dalam akaun bank Najib.

k) Jika ahli atau pemimpin UMNO menyoal berkenaan 1MDB, mereka dipecat. Ahli UMNO hanya dibenar sokong apa sahaja yang Najib lakukan. Tidak seperti dahulu tiada siapa boleh menegur atau mencabar Najib sebagai Presiden. UMNO tidak ada suara lagi.

Dan banyaklah lagi kesalahan dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh Dato Sri Najib.

Yang Berhormat-Yang Berhormat,

UMNO ialah parti keramat yang mengalahkan Malayan Union British, yang memerdekakan Malaya dan Malaysia, yang berjaya membangunkan negara sehingga hampir menjadi Negara maju.

Tetapi hari ini nama UMNO sudah menjadi begitu buruk, sudah digelak ketawa, dihina dan ditolak oleh sebilangan yang besar orang Melayu dan bukan Melayu didalam negara.

Semua ini disebabkan oleh Najib dengan kepercayaannya bahawa “Cash is King” iaitu rasuah adalah cara memerintah.

Wahai Yang Berhormat, wakil-wakil rakyat UMNO. Tidakkah kamu sayang parti keramat ini yang telah begitu berbakti dan berjasa kepada bangsa, negara dan agama? Dan kepada kamu dan keluarga kamu.

Tidaklah kamu tergerak hati untuk membelakangkan kepentingan diri demi bangsa dan negara?

Segala yang merosakkan UMNO dilakukan oleh Dato Sri Najib.

Selagi ia menjadi Perdana Menteri pemulihan negara tercinta ini tidak akan dapat dilakukan.

Hanya dengan penyingkiran Najib sahaja baharulah Perlembagaan dan Undang-Undang Negara dikuatkuasakan semula dan Malaysia kembali sebagai negara berdaulat yang dihormati dunia.

Yang Berhormat-Yang Berhormat,

Rakyat memilih Yang Berhormat kerana mereka percaya Yang Berhormat akan menyuarakan dan mempertahankan hak mereka.

Sekarang berjuta-juta rakyat menolak Najib. Percayalah UMNO dan BN akan kalah dalam PRU 14.

Rakyat dan anak cucu akan kutuk YB kerana menghancurkan UMNO dan membawa malapetaka kepada negara. Tak mungkin apa-apa pemulihan dibuat dari dalam UMNO. UMNO sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuh dahulu. Yang ada hanyalah parti Najib. Dan ahli serta pemimpin UMNO yang menyokong parti Najib ini mengkhianati UMNO, bangsa, negara dan agama. Oleh itu sertailah mereka yang menolak Najib sebagai Perdana Menteri supaya UMNO dapat dipulih dan dihormati semula dan maruah bangsa dan negara tertebus.


English Version

O UMNO Elected Representatives,

Is it possible that Your Honourables do not know and are not aware of the scandals involving Prime Minister who had tarnished UMNO’s and the country’s image?

If you have not realized, let me list to you here a few of Najib’s misconducts so that Your Honourables can understand the seriousness of the damage done by Najib.

a) Najib had established “Sovereign Wealth Fund” to borrow RM42 billion, – simultaneously raising the country’s debt because the debt is secured by the Government. It is not possible for a company to borrow 42,000 times its capital without collateral.

b) Investments made all suffered losses so that it cannot even service the interest.

c) The money borrowed has been lost so that it cannot be legitimately traced where the money are.

d) Suddenly a sum of RM2.6 billion appeared in Najib’s private account in AmBank.

e) Government Agencies of the United States, Switzerland, Singapore, Hong Kong, Luxembourg, United Kingdom, Seychelles and United Arab Emirates are investigating misconducts and corruption involving 1MDB.

f) Switzerland alleged corruption of USD7 billion by the management of 1MDB.

g) Singapore arrested a banker involved in 1MDB misconduct.

h) Malaysia is despised and its Finance Minister Is labelled the worst Finance Minister in Asia.

i) The report by PAC recorded that major frauds had occurred in 1MDB. This has been confirmed by 1MDB CEO, Arul Kanda Kandasamy.

j) The 1MDB and the RM2.6 billion existing in Najib’s bank account are not allowed to be discussed in the General Meeting of UMNO.

k) If any member or leader of UMNO were to question anything about 1MDB, they are fired. UMNO members would only be allowed to support anything that Najib does. Unlike previously, no one can criticize or challenge Najib as President. UMNO has no voice anymore.

And there are many more errors and abuses committed by Dato Sri Najib.

Your Honourables,

UMNO is the sacred party that defeated the British Malayan Union, which liberated Malaya and Malaysia, which succeeded in developing the country so as to become an almost developed nation.

But today, UMNO’s name has become so rotten, it has become a laughing stock, despised and rejected by a large number of Malays and non-Malays in the country.

All this is caused by Najib with his belief that “Cash is King”, that corruption is the way to administer.

Your Honourables, Umno elected representatives. Do not you love this party that had devoted and contributed so much to the race, nation and religion? And to you and your family.

Have you not got in your the heart to ignore self-interest for the sake of your country?

All the damage suffered by UMNO is done by Dato Sri Najib. As long as he remains the Prime Minister, the recovery of this beloved country will not be possible.

Only with the removal of Najib can the Constitution and Laws of the Nation be re-enforced and Malaysia restored as a sovereign nation respected worldwide.
Your Honourables,

People choose Your Honourables because they believe Your Honourables will voice and defend their rights.

Now millions of people have rejected Najib. Believe me, Umno and BN will lose in the 14th General Election.

People and generations to come will curse Your Honourables for destroying UMNO and bringing chaos to the country. There can never be any recovery made from within UMNO. UMNO now is not like UMNO when it was first established. What is left is just Najib’s party. And UMNO members and leaders who are supporting this party of Najib are betraying the race, nation and religion. So, join those who had rejected Najib as Prime Minister so that UMNO can recover and be respected and dignity of the nation redeemed.