As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det Weblog on January 5, 2009 3:07 PM
1. Saya ucap terima kasih kerana ramai yang membuat komen berkenaan beberapa tulisan saya. Justeru saya tidak dapat jawab semua, hanya beberapa sahaja. Namun saya ambil perhatian akan seberapa banyak yang mungkin.
Automatic Government
2. Saya pohon maaf jika pegawai Kerajaan tersinggung dalam rencana "Automatic Government".
3. Setahu saya apabila Kerajaan isytihar "public holiday" pekerja di sektor swasta berhak dibayar kerja lebih masa empat kali ganda. Saya tak tahu samada ini benar atau tidak atau kakitangan Kerajaan juga berhak.
4. Kita belum lagi jadi negara maju. Oleh itu kita perlu kerja lebih kuat.
"Cuti" ke Yemen
5. Ini pendapat saya sahaja. Saya bukan bercuti di Yemen. Saya dijemput untuk memberi syarahan-syarahan dan berdialog dengan pegawai Kerajaan dan swasta.
6. Mereka ingin tahu bagaimana Malaysia, sebuah negara pertanian dapat menjadi negara industri.
7. Saya melawat projek-projek mereka, termasuk pelabuhan Aden, yang dahulu terkenal dan mungkin akan terkenal semula jika perancangan mereka berjaya.
8. Rakyat Yemen miskin. Tetapi apabila mereka berhijrah keluar negara mereka amat berjaya. Demikian Bin Ladin adalah kontraktor terbesar di Arab Saudi. Di Malaysia semua yang bergelar Syed atau Sheikh adalah dari Hadramaut. Ramai mereka berjaya dalam bidang perniagaan dan profesional.
Institut Jantung Negara
9. I don't know who came up with the idea of privatising Institut Jantung Negara. It is DUMB! My suspicious mind tells me someone wants to make money.
Religion
10. Let us not make comments about other people's religions.
11. All I can say is about my own religion which says clearly in the Qur'an; "To you your religion, to me mine".
12. The Quran also makes it clear that there is no compulsion in religion.
13. All religions teach us to be good. But we often interprete them wrongly to justify the bad things that we do.
Beban Doktor
14. Saya dahulu bekerja sebagai doktor dalam hospital Kerajaan, kemudian sebagai doktor swasta.
15. Semasa saya masih kecil ibu saya berpesan jangan jadi inspektor polis atau doktor kerana tak dapat tidur malam.
16. Saya jadi doktor juga. Betul kata Mak!
17. Tetapi pengalaman sebagai doktor mengajar saya bekerja tanpa mengira masa.
18. Saya mungkin akan dapat bintang KSM - Kerja Sampai Mati!
Ma'al Hijrah
19. Ma'al Hijrah is the time to change, as this was what the Prophet did 1430 years ago. For Muslims it is the time to resolve to work harder, acquire more knowledge and more skills and help in bringing back the respect for Islam and the Muslims in the years to come.
UMNO President's speech
20. I don't know why my speeces as President of UMNO should cause Sapatchai to be alienated from me. As I remember it, most of my speeches as UMNO President was about scolding the Malays for not working hard and changing their ways. Being chairman of Barisan Nasional I was careful not to antagonise the non-Malays. Some believe I should never talk about Malays but only about Malaysians. If I did not and the current situation of disparities remain then we would always have this feelings of jealousy and envy.
21. Imagine a Malaysia where Malays no longer need help in trying to catch up with the non-Malays in business and the professions; imagine a Malaysia where Malays and non-Malays go to school, live, work and play together and go back to the same housing estates, imagine a Malaysia where everyone is sensitive to the sensitivities of everyone else, then you can be sure the UMNO President will cease to urge Malays to seize the opportunities in the New Economic Policy. In fact the Malays themselves would not want the NEP because they can compete successfully and look after themselves without the Government having to look after them.
Sains dan Matematik
22. Saya ucap terimakasih kepada Cikgu Dari Ulu yang belajar sains dalam bahasa Melayu sepenuhnya dan sekarang menjadi guru sains dalam bahasa Melayu juga.
23. Namun saudara sokong penggunaan bahasa Inggeris untuk sains dan matematik.
24. Ya. Program ini bukan untuk memusnahkan identiti bangsa Melayu.
25. Saya sebenarnya mendapat pelajaran dari sekolah rendah hingga ke Universiti (perubatan) dalam Bahasa Inggeris.
26. Saya fikir saya masih boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu, walaupun tidak sebaik seperti pakar bahasa.
27. Adat resam dan budaya saya adalah adat resam dan budaya Melayu.
28. Saya percaya saya diterima sebagai Melayu.
29. Jelas menguasai ilmu dalam bahasa Inggeris tidak menjadikan saya kurang Melayu.
30. Takkanlah hanya kerana belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris akan menyebabkan kita lupa bahasa kita, dan kita kurang Melayu.
31. Mempelajari sains dan matematik dalam bahasa Inggeris bukan untuk mempelajari dan menguasai bahasa Inggeris. Untuk ini sudah ada matapelajaran bahasa Inggeris.
32. Penggunaan bahasa Inggeris untuk Sains dan Matematik adalah kerana ilmu ini mengguna perkataan-perkataan yang berlainan daripada bahasa Inggeris biasa. Juga ilmu-ilmu baru dalam bidang sains terutamanya diterokai dan diperkenalkan melalui kertas-kertas akademik hampir tiap hari. Dan hampir semuanya didapati di dalam bahasa Inggeris.
33. Kita boleh terjemahkan kertas-kertas ini. Untuk ini kita perlu penterjemah yang fasih dalam bahasa Inggeris dan bahasa kita dan juga berkelulusan dalam bidang sains berkenaan. Kita tidak ada ramai orang seperti ini sekarang pun. Jika ada pun mereka tidak berminat untuk kerja ini sepanjang hayat. Apabila semua belajar sains dan matematik dalam bahasa Melayu, di manakah akan kita cari orang yang fasih dalam bahasa Inggeris untuk membuat penterjemahan.
34. Dalam satu pertemuan saya telah beri contoh dalam bidang telekomunikasi, khususnya telefon sel. Kecanggihannya bertambah sepanjang masa. Ini semua adalah hasil pemahaman dalam ilmu dan teknologi "micro circuit", dalam cip, dan bagaimana menulis "software" untuknya.
35. Kita tidak perlu bahasa Inggeris untuk mengguna segala kemudahan dalam cell-phone. Tetapi untuk mencipta dan meningkatkan keupayaan cell-phone kita perlu ilmu yang berkenaan yang mana ilmu ini terdapat dalam bahasa Inggeris. Mungkin sudah ada buku-buku dalam bahasa Melayu berkenaan sains ini tetapi saya belum jumpa buku yang boleh menolong kita mencipta alatan yang mengguna sains ini. Sehingga kita ada buku ini kita perlu buku dalam bahasa Inggeris, syarahan dalam bahasa Inggeris, tunjuk ajar dalam bahasa Inggeris. Jika tidak maka kita akan terus jadi bangsa pengguna.
36. Untuk menjadi bangsa maju kita perlu ilmu pengetahuan yang luas. Hanya boleh bertuturkata dalam bahasa sendiri tidak mencukupi untuk menjadikan kita bangsa yang maju setaraf dengan bangsa-bangsa maju yang lain.
37. Saya sayangkan bahasa saya. Sejak 1947 lagi saya telah perjuangkan bahasa saya. Bukanlah niat saya untuk mengenepikan bahasa dan bangsa saya apabila saya buat keputusan untuk mengguna bahasa Inggeris dalam sains dan matematik. Niat saya ialah sebaliknya. Niat saya ialah supaya bangsa saya tidak ketinggalan dalam penguasaan ilmu sains dan matematik yang begitu penting dalam menentukan maju/mundurnya sesuatu bangsa. Niat saya ialah supaya bangsa saya akan dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa yang termaju di dunia.
38. Insya'allah apabila kita di masa akan datang sudah dapat mendiri tamadun Melayu yang termaju sama seperti tamadun moden yang terkenal di dunia, apabila pendita-pendita dan saintis Melayu dapat meneroka dan menyumbang kepada keilmuan sains dunia, maka pada masa itu para saintis asing akan mempelajari bahasa Melayu untuk mendapat ilmu sains sepertimana orang Arab mempelajari bahasa Yunani, Hindi, Cina, untuk menguasai ilmu-ilmu yang diterokai oleh bangsa-bangsa ini; sepertimana orang Eropah mempelajari bahasa Arab untuk menguasai ilmu-ilmu sains dan matematik yang diterokai dan dikuasai oleh orang Arab pada abad ke-15 Masehi.
39. Inilah sejarah keilmuan tamadun manusia sejak zaman Hammurabi lagi.
Pilot
40. There is today a worldwide shortage of pilots and aeronautical engineers. The demand for them will continue whatever the economic situation. More Malaysian youths should train as pilots. It costs money. But if the Government is interested in jobs for graduates it should provide the fund.