Monday, January 26, 2009

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA


As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on January 24, 2009 6:38 PM

Saya dan isteri mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia, khususnya kepada kaum Cina.

Bagi kita rakyat Malaysia yang berbilang kaum, ini merupakan perayaan tahun baru yang ketiga yang kita raikan dalam masa sebulan, bermula dengan Maal Hijrah dan Tahun Baru 2009.

Semoga kedatangan Tahun Lembu ini akan menguatkan lagi azam semua pihak untuk berusaha ke arah mengeratkan hubungan antara kaum di negara yang kita cintai ini.

GONG XI FA CAI!