Sunday, November 29, 2015

1MDB EXITS POWER BUSINESS

7btc
As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on November 28, 2015

1. It is reported that 1MDB would reduce between RM16 bil to RM18 bil of its debts after selling “Edra”.

2. I am trying to work out how the savings are achieved.

3. 1MDB bought the power plants together with debts of RM6 bil for RM 18 billion Ringgit. CGN pays RM 9.83 billion for 100% of the energy assets.

4. It should be noted that at the time 1MDB purchased the power plants, the Ringgit was at 3.2 per US Dollar. It is now at 4.2 Ringgit per US Dollar. In US dollar terms the 9.83 billion Ringgit paid by the Chinese Company is worth much less than the 9.83 billion Ringgit paid by 1MDB.

5. If the money borrowed by 1MDB is in Ringgit the loss would be minimal. But if 1MDB had borrowed in USD, it stands to lose 1 Ringgit for every dollar borrowed. In other word what 1MDB gets from the sale would not be able to pay fully the debts in USD raised by 1MDB.

6. CGN is reported to have bought 100% of the energy assets of 1MDB. Does the debt of the power plants totalling 6 billion Ringgit which 1MDB had assumed also regarded as the assets which have been sold to CGN.

7. Then there are other questions which needs clarification. e.g will Petronas be selling gas to the power plants? If so at what price.

8. Having sold Edra for RM9.83 billion, how does this reduce 1MDB debts by RM16-RM18 billion. Again considering the depreciation of the Ringgit, how will the debts in USD be reduced?

9. Is the purchase of the power plants by foreign buyers a form of foreign direct investments? The money brought in would go out to pay foreign debts. And the amount going out would be far more than the inflow. Does not sound like FDI to me.

10. Will the Government allow the full repatriation of the profits of these plants in Malaysia. It should be noted that China has a rule in which repatriation is to be in the form of export of Chinese products and not cash.

11. How much control will the Government have over a foreign-owned utility? Price fixing which may cause a loss to the company may result in subsidy by the Government.


Versi BM
1MDB KELUAR DARI PERNIAGAAN POWER

1. Telah dilaporkan bahawa 1MDB akan mengurangkan antara RM16 bilion hingga RM18 bilion hutangnya selepas menjual “Edra”.

2. Saya cuba menghitung bagaimana penjimatan ini boleh dicapai.

3. 1MDB membeli loji-loji janakuasa bersama dengan hutangnya sejumlah RM6 bilion dengan harga RM18 bilion. CGN membayar RM9.83 bilion untuk 100% aset tenaga itu.

4. Perlu diambil perhatian bahawa pada masa 1MDB membeli loji-loji janakuasa tersebut, Ringgit berada pada paras 3.2 bagi satu dolar Amerika. Kini ia berada pada paras 4.2 Ringgit bagi satu dolar Amerika. Dihitung dari segi dolar Amerika, 9.83 bilion Ringgit yang dibayar oleh Syarikat Cina adalah bernilai lebih rendah daripada 9.83 bilion Ringgit yang dibayar oleh 1MDB.

5. Jika wang yang dipinjam oleh 1MDB adalah dalam Ringgit kerugian itu adalah minimum. Tetapi jika 1MDB telah meminjam dalam USD, ia menghadapi kehilangan 1 Ringgit bagi setiap dolar yang dipinjam. Dengan kata lain apa yang 1MDB memperolehi daripada jualan itu tidak akan dapat membayar sepenuhnya hutang dalam bentuk USD yang dipinjam oleh 1MDB.

6. CGN dilaporkan telah membeli 100% daripada aset tenaga 1MDB. Adakah hutang loji janakuasa berjumlah 6 bilion Ringgit yang 1MDB telah mengambilalih itu juga dianggap sebagai aset yang telah dijual kepada CGN?

7. Seterusnya ada soalan-soalan lain yang memerlukan penjelasan, contohnya adakah Petronas akan menjual gas kepada loji kuasa tersebut? Jika demikian pada paras harga yang apa?

8. Setelah Edra dijual dengan harga RM9.83 bilion, bagaimana ini dapat mengurangkan hutang 1MDB sebanyak RM16-RM18 bilion. Sekali lagi dengan mengambil kira kejatuhan nilai Ringgit, bagaimana hutang dalam USD boleh dikurangkan?

9. Adakah pembelian loji janakuasa oleh pembeli asing satu bentuk pelaburan langsung asing (FDI). Wang yang dibawa masuk akan keluar untuk membayar hutang asing. Dan jumlah wang yang keluar adalah jauh lebih besar daripada aliran masuk. Bagi saya ini bukan macam FDI.

10. Adakah Kerajaan akan membenarkan penghantaran balik penuh keuntungan yang diperolehi dari loji-loji di Malaysia. Perlu diingatkan bahawa Cina mempunyai peraturan di mana penghantaran balik keuntungan adalah dalam bentuk eksport produk Cina dan bukan wang tunai.

11. Berapa banyak kawalan Kerajaan akan kenakan atas utiliti yang dimiliki asing? Penetapan harga yang boleh menyebabkan kerugian kepada syarikat itu boleh menyebabkan Kerajaan memberi sibsidi.