Monday, September 29, 2008

BALIK KAMPUNG

7btc
As posted by Dr. Mahathir Mohamad at www.chedet.com on September 29, 2008 5:07 PM

Balik kampung is a great tradition. It helps renew our ties and relationship with other members of our parent's family and relatives. And if we really come from the kampungs, it would remind us of our past, our bucolic antecedents and the simple life that we lead.

Malays and Chinese alike religiously practise this great tradition. The cities and towns would become very quiet, the streets almost empty and the air free of smoke and dust.

My regret is that many who take to the roads to balik kampung will never reach home. They would die in unfortunate road accidents. Instead of their relatives welcoming them with joy and love, their Hari Raya or Chinese New Year would be a sad one as they mourn their bereavements.

Then there is the return to Kuala Lumpur and again quite a few will not make it.

Lots of things have been tried by the Government of Malaysia to reduce fatal road accidents. But the figures keep on increasing.

Malaysians generally drive very fast. They get very impatient if the car ahead of them is slow. They would overtake, sometimes weaving in between the streams of cars ahead of them.

Sometimes the drivers may be careful. But other drivers may not be so careful and might crash into them with fatal consequences.

I think it is important for everyone from private car drivers to truck and bus drivers to drive slowly and really carefully. It is better to reach your destination slightly late but alive than to arrive in a body bag at the hospital morgue.

I suppose we all have heard of this advice. We think death on the roads only happen to other people. But you are the "other people" to other people. Death may come to you, probably together with your loved ones.

I pray to Allah that you will heed the advice given to you. It doesn't cost you anything to be careful when driving.

Remember you may be the "other people" to die in a road accident reported this year.

Please be careful. Please drive slowly and carefully. Think of your relatives waiting for you. Think of how sad and miserable they will be when their anticipated joy turns to misery.

I and my wife wish all drivers a safe journey home. We want to read your comment on the blog. May Allah s.w.t. be with you.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Mahathir and Hasmah


*****

Balik kampung adalah satu tradisi yang amat baik. Ianya dapat menolong mengekalkan pertalian dan hubungan kita dengan ahli keluarga ibu bapa kita dan saudara mara kita. Dan jika kita benar-benar datang dari kampung, ianya akan ingatkan kita kembali tentang asal-usul kita, kenangan manis masa lampau dan kehidupan kita yang serba sederhana dahulu.

Kaum Melayu dan Cina amat menghormati tradisi ini. Kota dan bandar-bandar akan menjadi sunyi sepi dengan jalanraya yang hampir kosong dan udara yang bebas habuk dan asap.

Namun saya kesal kerana antara mereka yang pulang ke kampung akan ada yang tidak akan sampai ke rumah. Mereka akan terkorban di dalam kemalangan jalanraya. Hari Raya, mahupun Tahun Baru Cina yang sepatutnya disambut dengan kegembiraan dan kasih sayang keluarga yang menanti kepulangan kita ke kampung sebaliknya bertukar kepada kesedihan meratap akan yang telah pergi.

Selepas itu pula tiba masanya untuk pulang ke Kuala Lumpur dan sekali lagi akan ada yang tidak akan sampai balik.

Banyak usaha yang telah dilakukan Kerajaan Malaysia untuk merendahkan kadar kemalangan maut. Tetapi angka tersebut masih tetap meningkat.

Rakyat Malaysia pada umumnya memandu dengan laju. Mereka akan hilang sabar jika kenderaan di hadapan mereka berjalan dengan perlahan. Mereka akan memintas, dan kadang-kadang memotong beberapa kenderaan di hadapan mereka sekaligus.

Ada kalanya kita berhati-hati. Tetapi pemandu lain pula kurang cermat dan akan berlanggar dengan kita dan mengakibatkan kematian.

Saya rasa amat penting bagi semua pemandu-pemandu kenderaan persendirian, lori dan bas untuk memandu dengan perlahan dan cermat. Lebih baik tiba ke destinasi lewat sedikit tetapi selamat daripada dihantar ke rumah mayat hospital.

Saya kira kita semua biasa dengar nasihat ini. Kita fikir kematian di jalan raya hanya terjadi kepada "orang lain". Tetapi kita adalah "orang lain" kepada orang lain. Kematian mungkin akan datang kepada kita, mungkin bersama orang yang kita sayang.

Saya berdoa kepada Allah s.w.t. agar kita beringat tentang pesanan yang diberi ini. Memandu dengan cermat dan berhati-hati tidak akan merugikan kita.

Ingatlah yang kita mungkin jadi "orang lain" yang terkorban di dalam kemalangan yang dilapor tahun ini.

Tolonglah berhati-hati. Pandulah dengan cermat dan jangan memecut. Ingatlah keluarga yang sedang menunggu. Fikirkanlah betapa sedih dan pilunya hati mereka apabila kegembiraan yang dinanti bertukar menjadi kesedihan.

Saya dan isteri saya mengucapkan selamat pulang ke kampung kepada semua. Kami ingin terus membaca komen anda semua di dalam blog ini. Semoga Allah s.w.t. sentiasa bersama-sama kita semua.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Mahathir dan Hasmah