As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on July 20, 2016
1. In any other country the report by the Auditor General would be a public document. But in Malaysia the A.G’s Report is made a Government secret, denied access by the public. And this despite the provision in the Constitution that the report is to be made to the King and by his order to be tabled in Parliament.
2. It was Dr. Kissinger the Secretary of State of the United States of America who said that once the Xerox machine was invented secrecy became impossible. Since then we have come a long way with the advent of the Internet and mobile phones and instant transmission electronically. All documents can be copied and broadcast worldwide. And secrecy has become a thing of the past. The best of security systems have all been hacked by computer savvy amateurs.
3. And so it is with the A.G’s Report. Everyone should have read it if not actually possessing or copy of the document.
4. And what a revelation. How a Government agency can be set up and managed as if it is selling nasi lemak bungkus is beyond imagination.
5. How billions of Ringgit are borrowed without approval by the directors of 1MDB and then invested again without approval is amazing.
6. When one borrows even a few thousand dollars, entries are made in books in the bank and the records of the companies or the individual. When it is spent cheques are written, stumps are kept, records are made by the bank and the recipients, stamped and signed by authorised personnel. All these are meant for checking the movements of the money and the legitimacy of the transactions.
7. But with 1MDB, all these documents and records were not shown to the A.G. They don’t seem to have been kept by the management of 1MDB.
8. If the A.G had doubts, the actual person giving or receiving payments should be questioned. The records and documents should be requested for. The banks involved should be identified and their records studied and questions asked. But none of these things were done. The Attorney General simply said there has been no wrong doings and the report was categorised as official secret.
9. We are not dealing with the sale of nasi lemak. It is not about two or three Ringgit. It is about billions of Ringgits. Yet the investigations and the reports make it look like auditing the sale of nasi lemak bungkus.
10. Then there are the bogus companies to which billions of US Dollars are paid. Not once but many times with different cheques. Clearly 1MDB did not care to check the status of the company. It seemed to have relied on the name only. Why there is a slight difference in the names seems not to have been noticed by the paying agency or officer.
11. Looking at other reports it became obvious that there are other companies with the same name, albeit with minor differences which 1MDB do business with.
12. There is Petro Saudi. Then there is Petro Saudi International (Saudi Arabia) Ltd, Petro Saudi International (Cayman Islands), Petro Saudi Holdings (Cayman) Ltd, and Petro Saudi International Ltd (Seychelles). Payments are made to one entity when ownership of oil concession assets was by another entity, loans to yet another entity and profit from another all having very nearly the same name.
13. Banks and companies are set up, registered in different places, owned by one person. Subsequently these banks and companies are closed down. They are registered in the British Virgin Islands, in the Seychelles, Hong Kong, Singapore, Switzerland, Luxembourg. Huge sums of money passed through these entities.
14. Even an experienced auditor would have a nightmare tracking the movements of money in different forms as they pass between these entities and locations.
15. A suspicious mind would suspect that all these entities were set up or used in order to prevent auditing from being done properly. A suspicious mind would suspect that the whole thing was set up and managed in order to siphon money into some account. And those suspicions will remain until all the documentations, records and personalities are indentified, questioned and verified.
16. The only real conclusion that can be made is that billions of Ringgit have been stolen from the Government. Someone stole it. The A.G. is not saying. But the fact that the Government is making a secret of the report implies a cover-up.
17. The OSA is not for hiding criminal acts. It is for protecting legitimate administrative matters, such as drafts for new agreements or contracts or Cabinet papers.
18. Hiding criminal acts behind the OSA is wrong, is illegal, is criminal.
19. The Auditor General’s report clearly shows that wrongs and illegal things were committed by 1MDB and its staff. At least USD7 billion of Government money have been lost. Selling land bought from the Government at below market price and claiming that the loss has been recovered is not acceptable. The USD 7billion is with some people and they must be made to return the money.
20. It is time that the Government comes clean and allow the courts to hear charges against the people who mismanaged the 1MDB. Zeroing in on one CEO is not enough. Besides he is not being investigated as promised by the IGP. The IGP must explain this inaction.
21. A tribunal of independent judges, including foreign judges need to be set up to hear the case. The Attorney General may defend the Government or the officers but he should not be the judge. Let the tribunal do the judgment. The OSA should not be used to hide evidence of criminal acts.
Versi Bahasa Melayu
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA
1. Di dalam mana-mana negara lain laporan oleh Ketua Audit Negara adalah dokumen awam. Tetapi di Malaysia Laporan Ketua Audit Negara ini dijadikan rahsia Kerajaan, dinafikan akses oleh orang ramai. Dan ini walaupun terdapat peruntukan dalam Perlembagaan bahawa laporan ini akan dipersembahkan kepada Agong dan dengan perintah Baginda akan dibentangkan di Parlimen.
2. Dr. Kissinger, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, adalah orangnya yang menyatakan bahawa sebaik sahaja mesin Xerox dicipta kerahsiaan menjadi sesuatu perkara yang mustahil. Sejak itu kita telah jauh maju dengan adanya internet dan telefon mudah alih serta penghantaran segera secara elektronik. Semua dokumen boleh disalin dan disiarkan di seluruh dunia. Dan kerahsiaan telah menjadi sesuatu perkara yang lampau. Sistem keselamatan yang terbaik pun boleh digodam oleh amatur yang celik komputer.
3. Dan itu adalah hakikatnya dengan Laporan Ketua Audit Negara ini. Setiap orang mungkin telah membacanya, kalau tidak, mungkin juga telah memiliki satu dokumen itu.
4. Pendedahan yang mengejutkan. Bagaimana sebuah agensi Kerajaan boleh ditubuhkan dan diuruskan seolah-olah ia terlibat dengan jualan nasi lemak bungkus, adalah di luar imaginasi.
5. Bagaimana berbilion Ringgit dipinjam tanpa kelulusan oleh pengarah-pengarah 1MDB dan kemudian dilaburkan juga tanpa kelulusan, ianya sungguh menghairankan.
6. Apabila seseorang meminjam walaupun hanya beberapa ribu dolar, entri akan dibuat dalam buku di bank dan rekod-rekod syarikat atau individu. Apabila dibelanjakan, cek-cek akan ditulis, tunggulnya disimpan, rekod dibuat oleh bank dan penerima, dicop dan ditandatangani oleh mereka yang diberi kuasa. Semua ini adalah untuk memantau aliran wang dan memastikan kesahihan urusniaga.
7. Tetapi dengan 1MDB, semua dokumen dan rekod tidak ditunjukkan kepada Ketua Audit Negara. Seolah-olah dokumen-dokumen itu tidak disimpan oleh pengurusan 1MDB.
8. Jika Ketua Audit Negara mempunyai keraguan, orang yang sebenarnya membuat atau menerima bayaran hendaklah dipersoalkan. Rekod-rekod dan dokumen-dokumen berkenaan perlu diminta. Bank-bank yang terlibat perlu dikenal pasti dan rekod mereka diselidik serta soalan-soalan ditanya. Tetapi semua perkara-perkara ini tidak dilakukan. Peguam Negara hanya berkata tiada perbuatan yang salah dan laporan itu dikategorikan sebagai rahsia rasmi.
9. Kita bukan berurusan dengan penjualan nasi lemak. Ini bukan melibatkan lebih kurang dua atau tiga Ringgit. Ini melibatkan berbilion Ringgit. Namun siasatan dan laporan yang dibuat kelihatan seolah-olah seperti pengauditan penjualan nasi lemak bungkus sahaja.
10. Kemudian terdapat syarikat-syarikat palsu yang mana berbilion Dolar AS dibayar. Bukan sekali tetapi berkali-kali dengan cek-cek yang berbeza. Jelas 1MDB tidak mengambil berat untuk memeriksa status syarikat. Ia seolah-olah seperti bergantung semata-mata kepada nama sahaja. Terdapat sedikit perbezaan dalam nama-nama seolah-olah tidak disedari oleh agensi atau pegawai yang membayar.
11. Melihat kepada laporan-laporan yang lain, jelas terdapat syarikat-syarikat lain dengan nama yang sama, sekalipun dengan perbezaan yang kecil, yang berurus niaga dengan 1MDB.
12. Terdapat Petro Saudi. Adanya juga Petro Saudi International (Saudi Arabia) Ltd., Petro Saudi International (Kepulauan Cayman), Petro Saudi Holdings (Cayman) Ltd., dan Petro Saudi International Ltd (Seychelles). Pembayaran dibuat kepada satu entiti manakala pemilikan aset konsesi minyak adalah dimiliki oleh entiti yang lain, pinjaman diberikan kepada entiti yang satu lagi dan keuntungannya pula datang daripada entiti yang lain, kesemuanya mempunyai nama-nama yang hampir sama.
13. Bank-bank dan syarikat-syarikat ditubuhkan, didaftarkan di tempat-tempat yang berlainan, tetapi dimiliki oleh orang yang sama. Selepas itu, bank-bank dan syarikat-syarikat ini ditutup. Ianya semua berdaftar di Kepulauan British Virgin, di Seychelles, Hong Kong, Singapura, Switzerland, Luxembourg. Sejumlah wang yang besar mengalir melalui entiti-entiti ini.
14. Juruaudit yang berpengalaman pun akan mengigau mengesan aliran wang di dalam bentuk yang berbeza apabila dipindahkan di antara entiti-entiti dan di antara lokasi.
15. Minda yang mencurigai akan mengesyaki bahawa semua entiti ini telah ditubuhkan atau digunakan untuk mengelakkan daripada pengauditan yang betul dilakukan. Minda yang mencurigai akan juga mengesyaki bahawa segala-galanya telah ditubuhkan dan diuruskan untuk menyedut wang ke dalam beberapa akaun. Dan syak wasangka ini akan berkekalan sehingga semua dokumen, rekod-rekod dan personaliti-personali terlibat dikenalpasti, dipersoalkan dan disahkan.
16. Satu-satunya kesimpulan sebenar yang boleh dibuat adalah bahawa berbilion Ringgit telah dicuri daripada Kerajaan. Ada seseorang telah mencurinya. Ketua Audit Negara tidak menyatakan. Tetapi, hakikat bahawa Kerajaan merahsia laporan ini membayangkan wujudnya perselindungan.
17. Akta Rahsia Resmi bukan untuk menyembunyikan perbuatan jenayah. Ianya adalah untuk melindungi hal-hal pentadbiran yang sah, seperti draf-draf untuk perjanjian baru atau kontrak-kontrak atau kertas-kertas Kabinet.
18. Menyembunyikan perbuatan jenayah di sebalik Akta Rahsia Resmi adalah salah, menyalahi undang-undang, adalah perbuatan jenayah.
19. Laporan Ketua Audit Negara jelas menunjukkan kesalahan dan perkara-perkara haram yang dilakukan oleh 1MDB dan kakitangannya. Sekurang-kurangnya USD7.0 bilion wang Kerajaan telah hilang. Menjual tanah yang dibeli daripada Kerajaan di bawah harga pasaran dan mendakwa bahawa kerugian telah ditampung tidak dapat diterima. USD7.0 bilion itu berada dalam tangan beberapa orang, dan mereka mesti dipaksa memulangkan wang itu.
20. Sudah tiba masanya Kerajaan berterus terang dan memberi ruang kepada pihak mahkamah mendengar pertuduhan-pertuduhan terhadap orang-orang yang menyalahtadbir 1MDB. Menumpukan ke atas seorang Ketua Pegawai Eksekutif sahaja tidak mencukupi. Lagi pun beliau tidak disiasat seperti yang dijanjikan oleh Ketua Polis Negara. Ketua Polis Negara mesti menjelaskan kegagalan mengambil tindakan ini.
21. Satu tribunal yang dianggotai oleh hakim-hakim bebas, termasuk hakim asing, perlu ditubuhkan untuk mendengar kes ini. Peguam Negara boleh menjadi peguambela Kerajaan atau pegawai tetapi beliau tidak boleh menjadi hakim. Biarlah tribunal melakukan penghakiman. Akta Rahsia Resmi tidak boleh digunakan untuk menyembunyikan bukti perbuatan jenayah.