Friday, January 1, 2016

TPPA


As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on December 31, 2015

1. The Government could not care less for whatever opposition that is voiced by anyone in Malaysia or abroad against signing the TPPA. It will go ahead and sign.

2. The MITI Minister assures us that we can get out of the agreement anytime we want.

3. Yes indeed we can. But it is not going to be easy and the cost would practically bankrupt us.

4. In the TPPA agreement companies can sue Government for loss of profit including future profit if Government action results in the loss.

5. In one case in a Latin American country, for reasons of massive pollution, the Government decided to stop the mining operation granted to an American company. The company then sued the Government for loss of profit, including future profit amounting to several billion US Dollars.

6. A decision to withdraw from the TPPA will obviously result in loss of profit and future profits by companies investing in Malaysia or trading with Malaysia.

7. The withdrawal will involve numerous companies and the purported loss will run into hundreds of billions. The court will not be ours where we can count on sympathy and concern for what will happen to our economy and finances. There is also no way we can pressure or bribe the courts. We will just have to pay the billions.

8. So please don’t talk about extricating ourselves from this treaty for controlling trade and investments called the TPPA. It is not for promoting free trade. It is entirely dedicated to regulating trade.

9. Against this perhaps we should remember that when we had entered into no such treaty we became the 17th biggest trading nation in the world. We were free to protect ourselves and to devise policies beneficial to all of us Malaysians. We grew fast at that time. We traded with whomever we liked.

10. I can say a lot of other things which are bad about the TPPA. But the Government wouldn’t care of course. The Government will do what it wants to do. Don’t ask why. You know what answer you will get when you ask the Government any question.



Versi BM
TRANS-PACIFIC PARTNERSHIP AGREEMENT (TPPA)

1. Kerajaan tidak kisah apa jua tentangan yang disuarakan oleh sesiapa sahaja di Malaysia atau di luar negara terhadap menandatangani TPPA. Ia akan terus menandatanganinya.

2. Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) cuba meyakinkan kita bahawa kita boleh keluar daripada perjanjian itu pada bila-bila masa yang kita mahu.

3. Ya, memang kita boleh. Tetapi ianya tidak akan menjadi semudah itu dan kosnya boleh mufliskan kita.

4. Dalam perjanjian TPPA ini syarikat boleh menyaman Kerajaan kerana kehilangan keuntungan, termasuk keuntungan masa depan, jika tindakan Kerajaan mengakibatkan kerugian itu.

5. Dalam satu kes di sebuah negara Amerika Latin, atas sebab-sebab pencemaran besar-besaran, Kerajaan telah memutuskan untuk menghentikan operasi perlombongan yang diberi kepada sebuah syarikat Amerika Syarikat itu kemudian menyaman Kerajaan beberapa bilion Dolar AS kerana kehilangan keuntungan, termasuk keuntungan masa depan.

6. Sesuatu keputusan untuk menarik diri daripada TPPA sudah pasti akan menyebabkan kehilangan keuntungan dan keuntungan masa depan oleh syarikat-syarikat yang melabur di Malaysia atau berdagang dengan Malaysia.

7. Penarikan diri ini akan melibatkan banyak syarikat dan jangkaan kerugiannya dikatakan boleh mencecah beratus-ratus bilion. Mahkamahnya bukan milik kita di mana kita boleh bergantung untuk simpati dan prihatin terhadap apa yang akan berlaku kepada ekonomi dan kewangan kita. Tidak ada cara di mana kita boleh memberi tekanan atau merasuah mahkamah. Kita akan terpaksa membayar berbilion-bilion.

8. Oleh itu, tidaklah perlu bercakap tentang melepaskan diri daripada perjanjian bagi mengawal perdagangan dan pelaburan ini, yang dipanggil TPPA. Ianya bukan untuk menggalakkan perdagangan bebas. Ia adalah khusus untuk mengawal selia perdagangan sepenuhnya.

9. Berbanding dengan ini, mungkin kita perlu ingat bahawa apabila kita tidak memeterai sebarang perjanjian seperti ini, kita menjadi negara perdagangan ke-17 terbesar di dunia. Kita bebas untuk melindungi diri kita sendiri dan merangka dasar yang memberi manfaat kepada kita semua rakyat Malaysia. Kita tumbuh dengan pesat pada masa itu. Kita berniaga dengan sesiapa sahaja yang kita suka.

10. Saya boleh banyak berbicara tentang perkara-perkara lain yang tidak baik mengenai TPPA. Tetapi Kerajaan sudah tentu tidak akan mengambil berat. Kerajaan akan melakukan apa saja yang ia mahu lakukan. Jangan soal mengapa. Anda tahu apa jawapan yang anda akan dapat apabila anda bertanya kepada Kerajaan sebarang soalan.