As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on January 20, 2016
1. The International Trade and Industry (MITI) Minister says it will take two years to amend 26 laws to meet TPP requirements.
2. This is a clear admission that the TPP limits Malaysia’s freedom to make laws deemed necessary for the country. These laws have been passed by the Malaysian Parliament apparently because they were considered essential and god for the country. But now they have to be amended because the TPP is apparently more powerful than our elected parliament in determining what laws Malaysia should have.
3. By the same token future laws to be debated in Parliament must be subjected to the requirements or conditions in the TPP. Being right and suitable for Malaysia’s needs is not enough anymore. The needs of TPP will outweigh Malaysia’s needs.
4. Malaysia is not exactly like the other members of the TPP. We have many sensitivities because of our racial mix, our economic disparities, our poverty rates and our low levels of incomes. To correct all the economic, political and social problems certain policies and laws must be put in place. These are meant for overcoming our domestic problems. But these are no longer enough. If they don’t conform to TPP conditions they may not be passed by Parliament. A part of our independent rights will be eroded. The need to amend 26 of our existing laws carries this implication.
5. When those opposed to the TPP claim that the so-called free-trade agreement would undermine our sovereignty, and our freedom to act in our interest, they are dismissed for being emotional. But now it is clear that the TPP will stand in the way of our legislative rights, a fundamental freedom of a sovereign country.
6. Our founding fathers fought hard to gain independence; to be masters of our own affairs and destiny and now we are going sign away our rights and our freedom because of the need to obey the dictates of TPPA.
7. I have no doubt the rubber-stamp parliament will approve the TPP. That in itself is evidence that we are preparing to submit to foreign forces and give up the Merdeka that our former leaders had fought so hard for.
8. Truly cash is king.
Versi BM
TRANS-PACIFIC PARTNERSHIP
1. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata ia akan mengambil masa dua tahun untuk meminda 26 undang-undang untuk memenuhi keperluan TPP.
2. Ini adalah satu pengakuan yang jelas bahawa TPP menghadkan kebebasan Malaysia untuk menggubal undang-undang yang dianggap perlu untuk negara. Undang-undang ini telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia kononnya kerana ianya dianggap penting dan baik untuk negara. Tetapi sekarang ianya perlu dipinda kerana TPP nampaknya lebih berkuasa daripada Parlimen kita yang dipilih rakyat dalam menentukan apa undang-undang Malaysia yang sepatutnya.
3. Atas sebab yang sama undang-undang masa depan yang akan dibahaskan di Parlimen mesti tertakluk kepada kemahuan atau syarat-syarat dalam TPP. Tepat dan sesuai untuk keperluan Malaysia sahaja tidak lagi mencukupi. Keperluan TPP akan melebihi keperluan Malaysia.
4. Malaysia tidak sama seperti anggota-anggota TPP yang lain. Kita mempunyai banyak sensitiviti kerana kepelbagaian kaum, jurang ekonomi, kadar kemiskinan dan tahap pendapatan yang rendah. Untuk membetulkan semua masalah ekonomi, politik dan sosial, dasar dan undang-undang tertentu perlu diadakan. Ini adalah bertujuan untuk mengatasi masalah dalaman kita. Tetapi ini semua adalah tidak lagi mencukupi. Jika ianya tidak mematuhi syarat-syarat TPP ianya mungkin tidak akan diluluskan oleh Parlimen. Sebahagian daripada hak-hak kebebasan kita akan terhakis. Keperluan untuk meminda 26 undang-undang yang sedia ada membawa implikasi ini.
5. Apabila mereka yang menentang TPP mendakwa bahawa perjanjian yang dikenali sebagai perdagangan bebas ini akan melemahkan kedaulatan negara, dan kebebasan kita untuk bertindak demi kepentingan diri sendiri, mereka dihalang kerana dianggap beremosi. Tetapi kini adalah jelas bahawa TPP menghalang perjalanan hak-hak perundangan kita, kebebasan asasi negara yang berdaulat.
6. Bapa-bapa pengasas negara kita berjuang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kemerdekaan, supaya kita menjadi penguasa hal ehwal dan takdir diri sendiri, dan sekarang kita akan melepaskan hak dan kebebasan kita kerana perlu mematuhi telunjuk TPPA.
7. Saya tidak ragu-ragu bahawa Parlimen Pak Turut akan meluluskan TPP. Itu sendiri adalah bukti bahawa kita sedang membuat persiapan untuk menyerah kepada kuasa-kuasa asing dan mengorbankan Merdeka yang pemimpin-pemimpin kita yang dahulu telah berjuang begitu keras untuk mendapatnya.
8. Sesungguhnya wang adalah raja.