Wednesday, July 15, 2015

WHISTLE-BLOWERS


As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on July 14, 2015

1. Malaysia wants to be a true believer in the rights of man, in democracy and the rule of law.

2. We abolished the ISA, the Internal Security Act and the law which provides for restricted residence of habitual criminals.

3. We almost repealed the Anti-Sedition Act which would have won us more praise from the powers that be.

4. We brayed over our subscription to the protection of whistle-blowers. They are good because they deter people from wrong-doing. They expose these miscreants and subject them to due process of law.

5. The Government says the whistle-blowers must be protected. Apparently they are good for our society.

6. Then they whistle-blowed over the wrong-doings of the Head of Government. Suddenly what was considered right became wrong. The whistle-blowers must be investigated and punished. Don’t they know they cannot whistle-blow on the Prime Minister? Others yes. But not the Prime Minister.

7. Point them in other direction. Like the sons of so-and-so. Surely whistle-blowers must know something of their misdeeds. No! You don’t. Can’t you invent something? They are not in the same category as the Prime Minister. It is alright. You will not be charged for whistle-blowing. So blow, blow hard so attention will be deflected from unpleasant issues.

8. But what about those who refuse to blow. What about those who hide the misdeeds which they know. What about the cover-uppers!

9. The law says those who cover-up, hide evidence of crime would be considered as accessory to the crime. They would be aiding and abetting the criminal. They too should be charged, tried and sentenced.

10. Keeping evidence that you have gathered so as to hand over only when the case is proven will not free you from that charge of abetting.

11. There is risk in whistle-blowing. But there is also risk in covering-up, in aiding and abetting. You are really between the devil and the deep sea.

12. You must make the decision now or forever regret.

Versi BM
PENDEDAH MAKLUMAT (WHISTLE BLOWERS)

1. Malaysia mahu menjadi pihak yang mempunyai penuh kepercayaan kepada hak-hak manusia, demokrasi dan kedaulatan undang-undang.

2. Kita menghapuskan ISA, Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang yang memperuntukkan penetapan terhad bagi penjenayah-penjenayah berulang.

3. Kita hampir memansuhkan Akta Pencegahan Hasutan yang mungkin memperolehi bagi kita pujian yang lebih daripada mereka yang berkuasa.

4. Kita gah dengan sumbangan kita bagi melindung pendedah maklumat. Itu baik kerana ianya mencegah manusia dari melakukan kesalahan. Mereka mendedahkan orang-orang jahat ini dan taklukkan mereka kepada proses undang-undang.

5. Kerajaan berkata pendedah maklumat perlu dilindungi. Rupa-rupanya mereka adalah baik untuk masyarakat kita.

6. Kemudian mereka mendedah salah laku Ketua Kerajaan. Tiba-tiba apa yang dianggap benar menjadi salah. Para pendedah maklumat perlu disiasat dan dihukum. Tidakkah mereka tahu bahawa mereka tidak boleh membuat pendedahan terhadap Perdana Menteri? Orang lain boleh. Tetapi bukan Perdana Menteri.

7. Tunjukkan mereka ke arah yang lain. Seperti anak-anak si anu si anu. Sesungguhnya pendedah maklumat pasti tahu sedikit sebanyak salah laku mereka. Tidak! Tidak tahu. Tidak bolehkah anda mengada-adakan sesuatu? Mereka tidak berada dalam kategori yang sama seperti Perdana Menteri. Ini tidak mengapa. Anda tidak akan didakwa kerana mendedah maklumat. Jadi tiuplah, tiuplah dengan kuat supaya perhatian akan dipesongkan dari isu-isu yang tidak menyenangkan.

8. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang enggan mendedah maklumat. Bagaimana pula dengan orang-orang yang menyembunyikan salah laku yang mereka tahu. Bagaimana pula dengan mereka yang menyelindungi.

9. Undang-undang menyatakan mereka yang menyelindungi, menyembunyikan bukti jenayah akan dianggap sebagai aksesori untuk jenayah. Mereka akan dianggap membantu dan bersubahat dengan penjenayah. Mereka juga harus didakwa, dibicarakan dan dihukum.

10. Menyimpan bukti yang anda telah kumpul untuk diserahkan hanya apabila kes itu terbukti tidak akan membebaskan anda daripada tuduhan bersubahat.

11. Terdapat risiko dalam pendedahan maklumat. Tetapi ada juga risiko dalam penyelindungannya, dalam membantu dan bersubahat. Anda sebenarnya terperangkap di antara syaitan dan laut dalam.

12. Anda perlu membuat keputusan sekarang atau menyesal selama-lamanya.