Tuesday, July 7, 2015

MEMALUKAN NEGARA


As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on July 07, 2015

1. Saya dicela oleh Anifah Aman, Menteri Luar kerana memalukan negara dengan ditemubual oleh akhbar Amerika “The New York Times”.

2. Mungkin Anifah tidak pernah baca suratkhabar Amerika sebelum usaha untuk memburukkan nama saya dijadikan asas mempertahankan Perdana Menteri Najib. Tetapi seluruh dunia tahu berkenaan Dato Seri Najib, Jho Low dan 1MDB. Ini disebabkan akhbar terkenal Wasington, New York dan London telah menyiarkan rencana panjang sehingga empat muka berkenaan skandal 1MDB, Najib dengan cara hidup mewahnya, Jho Low sahabat karibnya dan Riza Aziz, anak tirinya yang membiayai filem lucah “The Wolf of Wall Street”.

3. Sebuah kajian oleh pakar Barat mendakwa bahawa Malaysia adalah satu dari sepuluh buah negara yang mempunyai tahap rasuah yang tertinggi didunia.

4. Tetapi Anifah tidak berasa malu dengan semua laporan ini. Tidak ada sepatah pun disuarakan olehnya.

5. Semua laporan yang memburukkan Malaysia dibuat sebelum saya mengkritik Dato Seri Najib.

6. Jika Anifah tahu malu, diwaktu akhbar-akhbar ini buat laporan dia sepatutnya sudah berasa malu. Dia sepatutnya menyoal Dato Seri Najib akan skandal berkenaan dan laporan akhbar asing. Dia sepatutnya menasihat Dato Seri Najib supaya tidak bersahabat dengan Jho Low dan melarang anak tirinya dari berlagak sebagai hartawan kaya.

7. Di negara lain skandal seperti ini yang melibatkan seseorang pemimpin dia tetap akan letak jawatan dan pohon maaf. Tetapi di Malaysia ada orang yang mempertahankan pemimpin tanpa sebab, hanya kerana keselamatan jawatan.

8. Sesungguhnya yang memalukan negara ialah Dato Seri Najib dengan 1MDBnya. Sebelum ini negara tidak pernah dicemoh dengan tuduhan-tuduhan yang tidak terjawab seperti sekarang.

English Version
NATIONAL SHAME

1. I had been rebuked by Anifah Aman, the Foreign Minister for having embarassed the country by being interviewed by an American newspaper “The New York Times”.

2. Maybe Anifah had never read American newspapers before attempting to discredit me as a basis to defend Prime Minister Najib. But the whole world knows about Dato Seri Najib, Jho Low and 1MDB. This is because famous newspapers in Washington, New York and London has published long articles up to four pages about the scandal of 1MDB, Najib with his luxurious lifestyle, Jho Low his close friend and Riza Aziz his stepson who financed porn film “The Wolf of Wall Street”.

3. A study by Western experts claimed that Malaysia is one of ten countries with the highest level of corruption in the world.

4. But Anifah is not embarrassed by all of these reports. There is not a single word uttered by him.

5. All statements that tarnished Malaysia were made way before me criticizing Dato Seri Najib.

6. If Anifah feel shameful, he should have been embarrassed at a time when the newspapers reports were made. He should have asked Dato Seri Najib about the scandal and foreign press reports. He should have advised Dato Seri Najib not to be so friendly with Jho Low and prohibit his stepson from posing as a wealthy tycoon.

7. In other countries with such a scandal involving a leader he will resign and beg for forgiveness. But in Malaysia, there are people who defend the leader for no reason, just because for security of position.

8. Indeed, the person who shamed the country is Dato Seri Najib with his 1MDB. This country has never before been ridiculed with allegations that are not answered as it is now.