Monday, August 31, 2009

MERDEKA

7btc
As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on August 28, 2009 4:48 PM

1. Beberapa hari lagi genaplah 52 tahun Negara kita merdeka. Sambutan tahun ini jelas kurang meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana wabak selsema H1N1. Tidak ada perarakan besar-besaran di Dataran Merdeka mahupun di Putrajaya sebagaimana biasa.

2. Tetapi ini semua tidak sepatutnya menghalang kita melahirkan rasa bangga dan patriotisme kita terhadap Negara kita.

3. Walaupun saya tidak dapat hadir acara perayaan di Parlimen saya akan berdoa supaya Negara tercinta ini akan terus selamat. Sebagai seorang rakyat biasa saya akan tumpukan perhatian terhadap perkembangan politik, ekonomi dan sosial dalam Negara dan akan cuba menyumbang kepada bidang-bidang ini setakat yang saya mampu.

4. Saya yakin semua rakyat biasa akan melakukan perkara yang sama kerana sayang kepada Negara dan ingin melihat ianya terus maju.

5. Selamat menyambut puasa bagi yang beragama Islam dan selamat menyambut Hari Merdeka ke-52.