As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on August 20, 2009 9:08 AM
1. Pada 12 Ogos 2009 Hakim Suraya binti Othman telah dapati Tan Sri Kasitah Gaddam tidak bersalah atas tuduhan dibawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan (penipuan) oleh Pendakwa Raya. Dia (Kasitah) tidak dipanggil untuk membela diri.
2. Dengan itu tamatlah keseksaan dan kesengsaraan bekas Menteri Persekutuan ini. Selama lima tahun lebih tuduhan ini menghantui kehidupannya.
3. Tuduhan terhadap Kasitah bermula semasa dia menjadi Menteri di dalam Kabinet saya. Oleh kerana jawatannya yang tinggi saya dimaklumkan akan tuduhan terhadapnya. Saya tidak begitu yakin yang dianya bersalah.
4. Dua minggu selepas saya letak jawatan maka tuduhan tersebut telah dibuat terhadapnya. Saya terfikir mungkin kerana Kerajaan hendak menunjuk bahawa dalam kes jenayah tidak ada pilih kasih. Siapa sahaja boleh dihadapkan ke mahkamah jika bersalah.
5. Mungkin Kerajaan telah mendapat bukti yang lebih jelas. Tetapi ramai juga yang berpendapat ada sesuatu yang tersirat.
6. Sebagai rakan dalam Kabinet saya menunjuk simpati kepada Kasitah tetapi tidak mempertahankannya walaupun saya masih percaya dia tidak bersalah.
7. Proses penghakiman mengambil masa yang amat panjang dan dianya tentu terpaksa belanja wang untuk peguam dan lain-lain bagi mempertahankan dirinya. Saya tahu yang dianya tidak dapat bekerja atau berniaga semasa lebih lima tahun kes berjalan. Hartanya terpaksa dijual untuk membiayai kos mempertahan diri.
8. Beliau bergantung semata-mata kepada pencennya.
9. Keputusan mahkamah berbunyi demikian;
In the circumstances the accused stands acquitted and discharged of both the charges against him.
10. Alhamdulillah. Tetapi fikirkan kerugian dan keseksaan yang dipikul oleh yang dituduh selama lima tahun.
11. Bagaimanakah kes ini bermula? Apakah tuduhan dibuat oleh sesiapa? Apakah pegawai yang menuduh atau orang tertentu?
12. Jika atas tuduhan oleh mana-mana pihak maka tentulah selidikan akan dibuat sehingga pihak Jabatan Peguam Negara berpuas hati ada kes terhadap yang dituduh sebelum tindakan mendakwa diambil.
13. Jika setelah selidikan yang mendalam pihak pendakwa raya ragu-ragu, benefit of the doubt patutlah diberi dan kes tidak diteruskan. Dengan itu tidaklah sesiapa dianiayai.
14. Saya perhatikan ada kes yang jelas berlaku tetapi entah kenapa tindakan tidak diambil. Dalam kes seperti ini orang ramai tidak boleh disalahkan jika mereka syak yang cover-up telah berlaku.
15. Dalam urusan keadilan, kita bukan sahaja ingin keadilan berlaku tetapi keadilan ternampak jelas telah berlaku.
Nota: Kawan saya Eric Chia juga telah melalui tuduhan dan pengalaman yang sama. Akhirnya dia didapati tidak bersalah. Tidak lama selepas itu dia meninggal dunia.