Tuesday, June 28, 2016

RASUAH

As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on June 27, 2016

1. Rasuah adalah suatu jenayah yang dipandang keji dan kotor oleh semua masyarakat manusia. Ia dianggap lebih kotor dari mencuri. Sebabnya ialah kerana sementara mencuri dilakukan terhadap orang yang berada, tetapi rasuah menyasar orang miskin dan daif. Nasib mereka yang miskin ini menjadi lebih buruk kerana terpaksa menyuap rasuah. Masyarakat dan negara yang miskin tidak dapat dimajukan kerana rasuah meningkat kos dan melewat keputusan dan pelaksanaan.

2. Ada pihak yang cuba menghalalkan rasuah dengan mendakwa jika wang yang diterima diguna bukan untuk tujuan sogokan dibuat, maka ia tidak menjadi rasuah. Ia tidak menjadi jenayah sebaliknya ia menjadi halal. Oleh itu terimalah sogokan rasuah kerana ia tidak menjadi jenayah dan ia halal jika tidak laksana tujuan rasuah diberi.

3. Walaupun wang sogokan tidak diguna untuk tujuannya, tetapi wang atau pemberian rasuah masih menjadi jenayah dan ia tidak boleh dihalalkan. Pegawai tinggi yang menerima 100 juta Ringgit rasuah akan dikenakan tindakan samada dia tunai atau tidak tunai tujuan rasuah yang diberi kepadanya.

4. Ada yang berkata rasuah tidak termasuk dalam jenayah hudud. Ia tidak akan dihukum di dunia. Ia hanya akan dihukum di akhirat.

5. Pendapat ini seolah-olah memperkecilkan hukum akhirat dan menggalakkan amalan rasuah kerana tidak akan dihukum di dunia.

6. Pendapat seperti inilah yang merosakkan moral masyarakat manusia dan menghalang proses kearah bertamaddun. Masyarakat ini tidak akan dipercayai kerana moralnya rendah.

7. Dalam PRK baru-baru ini parti pemerintah menghulur duit, beras dan barangan elektrik sebagai cara sogokan untuk mendapat undi.

8. Penerima pula disuruh bersumpah ‘Wallahi, Wabillahi, Watallahi’, supaya mengundi parti yang sogok mereka. Jika mereka tidak undi seperti sumpahan mereka, maka segala pemberian itu adalah haram dimakan atau diguna oleh mereka.

9. Ramai yang terima bahawa sumpah mereka apabila ditunai maka penerimaan mereka menjadi halal.

10. Sebenarnya pemberian kepada mereka adalah haram kerana ia adalah sogokan rasuah. Rasuah tetap rasuah dan tidak halal bagi pemberi dan penerima. Tidak melaksana tujuan rasuah tidak akan menghalalkan rasuah. Balasan di dunia mungkin tidak berlaku kerana yang menghulur rasuah adalah juga mereka yang dipertanggungjawab mengawal rasuah. Pihak mereka ini lebih berdosa kerana sengaja tidak melaksanakan tanggungjawab mereka mencegah rasuah, sebaliknya merekalah yang melakukan rasuah.

11. Ada juga mereka yang berpendapat bahawa jika duit rasuah yang mereka terima diguna untuk kebajikan atau ibadat, maka mereka terlepas daripada membuat kesalahan bahkan mendapat pahala. Pendapat ini datang dari orang yang ingin menyedapkan hati mereka.

12. Sebenarnya wang hasil pencurian atau rasuah tetap haram. Kebajikan atau ibadat yang dibuat tidak akan halalkan wang yang haram.

13. Ramailah yang sedia terima wang untuk buat ibadat haji dan umrah tanpa bertanya dari mana datang wang yang mereka terima. Kita tidak dipaksa oleh agama untuk buat kerja haji jika kita tidak mampu. Kita tidak dipaksa curi dan samun atau melakukan jenayah rasuah supaya dapat menunaikan ibadat haji.

14. Tetapi ada pendapat bahawa ibadat ini, walaupun dari punca kewangan yang tidak halal, maka mereka sudah penuhi rukun kelima ini dan yang menghadiahkan belanja haji, terlepas dari dosa rasuah.

15. Agama Islam memberi kelonggaran tentulah kerana tidak hendak membebankan umat Islam sehingga mereka terpaksa berjenayah untuk membiayai perlaksanaan ibadat ini.

16. Tidak ada dalam Al Quran atau Hadith yang sahih yang menyuruh orang Islam mengamalkan rasuah atau menyamun atau mencuri supaya dapat buat kebajikan dan ibadat.

17. Yang menyebabkan adanya orang yang cuba menghalalkan rasuah, matlamat mereka ialah kerana kepentingan duniawi seperti umpamanya politik. Dalam masyarakat yang menghalalkan rasuah, yang berkuasa dan kaya boleh menindas yang miskin. Ini adalah oleh kerana segala urusan pentadbiran akan menanggung kos rasuah. Keselamatan rakyat juga akan terabai kerana sebahagian dari dana pemerintah akan diselewengkan. Pihak berkuasa akan menipu rakyat sepanjang masa.

18. Inilah sebabnya mereka yang berhajat menyalahguna kuasa Kerajaan sanggup menghulur rasuah daripada duit yang didapati secara halal atau tidak halal atau mempergunakan duit Kerajaan dengan cara yang salah. Bagi mereka ini rasuah yang dihulurkan dalam pilihanraya adalah satu pelaburan yang akan hasilkan pendapatan yang tinggi dan kuasa yang berterusan untuk menerima rasuah lagi.

19. Ingatlah, wahai pemberi dan penerima rasuah bahawa walaupun terlepas dari hukum di dunia tetapi di akhirat sogokan rasuah tidak akan menyelamatkan mereka dari api neraka.


English Version
CORRUPTION

1. Corruption is a crime that is considered shameful and dirty by all human society. It is considered more dirty than theft. The reason is because while stealing is perpetrated against people who have, corruption targets the poor and needy. The fate of the poor is worse for having to give bribes. Poor societies and countries cannot be developed because corruption increased costs and curtail decision making and implementation.

2. There are those who try to justify corruption, claiming that if the money received is not used for the purpose of the bribery made, then it does not amount to corruption. It is not a crime and it is therefore legitimate (halal). Therefore, accept kickbacks, because it is not a crime and it is lawful if it is not used for the original purpose the bribe was given.

3. While bribery money may not be used for the purpose it was given for, the money or giving a bribe is still a crime and it cannot be lawful. High officials who accept bribes of 100 million ringgit will be penalized irrespective of whether they fulfilled or not the purpose for which the bribe were given.

4. Some say corruption is not included in the hudud crime. It will not be punished in the world. It is only in the hereafter (akhirat) that corruption will be punished.

5. This opinion seems to belittle the law of the akhirat and encourages corruption because no one will be punished in this life.

6. It is this sort of opinion that destroys moral values of human society and hinders the process towards being civilized. This society cannot be trusted because of low moral.

7. In the recent elections the ruling party handed over money, rice and electrical goods as a means of bribery to win votes.

8. The recipients were asked to swear ‘Wallahi, Wabillahi, Watallahi’, so that they vote for the party that bribed them. If they failed to vote as they had solemnly sweared, then all what were given to them are forbidden (haram) to eat or used by them.

9. Many accepted that their oath, when fulfilled, made what they received become lawful.

10. Actually what was given to them is illegal because it is bribery. Bribery is bribery, and will remain unlawful both to the giver and receiver. Not implementing the objectives of bribery will not make the bribe legal. Recompense in the world may not occur because those giving bribes are also supposed to be responsible for controlling bribery. These people are more sinful because they are deliberately not fulfilling their responsibility to prevent corruption, but in fact they are the ones corrupted.

11. There are also those who are of the opinion that if the bribe money that they received are used for charitable or religious purposes, then they may be atoned from their sins, in fact they may even get rewards (pahala). These opinions come from people who wanted some self reassurances.

12. Actually, the proceeds of theft or corruption remains unlawful. Charity or deeds of worship will not make unlawful money lawful.

13. There are numerous people who are ready to receive money to perform the Haj and Umrah without asking from where the money they are going to receive comes from. We are not forced by religion to perform the Haj if we cannot afford it. We are not forced to steal or rob or resort to a crime of corruption in order to perform the Hajj.

14. But there is an opinion that this deed of worship, even if performed with funds from sources that are dubious, will mean the fulfillment of the fifth pillar of faith and those that contributed towards the Hajj expenses will have the sins of their corruption atoned.

15. Islam provides certain flexibility so as not burden the followers of Islam that they have to resort to crime to finance the performance of this deed of worship.

16. There is nothing in the Qur’an or authentic Hadith which tells Muslims to practice corruption or rob or steal in order to perform good deeds and charity.

17. The reason for the existence of people who are trying to legalize corruption is because of mere worldly self interests, such as politics. In societies that legalize bribes, the powerful and the rich oppress the poor. This is because the administration would bear the cost of corruption. Security of the people will also be neglected because government funds will be misappropriated. The authorities will fool the people all the time.

18. This is why those who have the intention to abuse the power of the Government are willing to give bribes with money obtained by lawful or unlawful means or using government money in the wrong way. For them bribes given during elections is an investment that will generate higher revenue and continued power to accept more bribes.

19. Remember, O givers and receivers of corruption, that even though you may get respite from the laws in the world, but in the hereafter corruption will not save you from the hellfire.

PRK Results

As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on June 27, 2016

1. Najib is gloating over his winning with a big majority.

2. The press reports that he won by 6,969 votes in Kuala Kangsar and 9,191 votes in Sg. Besar.

3. Actually the majority is much smaller as 10,621 votes went to other parties contesting in Kuala Kangsar so that BN’s majority is only 2,032.

4. In Sg. Besar the margin is only 2,289 and not 9,191 as the other parties gained 14,511 while BN won 16,800.

5. Considering that the BN distributed rice and electrical goods, as well as money, tarring the road and promising to build a multi-million Ringgit bridge, while Amanah is a new poverty-stricken party with hardly any election machinery, it is the performance of Amanah which should be lauded.

6. As for PAS although it managed to split the Malay votes, thus helping BN, it lost to Amanah in Sg. Besar.

7. The tactics used by BN to win is really not something to crow about either.

8. As for the Chinese voters, they have not returned to BN. Their turn-out was far below average in both constituencies, indicating their belief, as promoted by MCA, that this is a Malay quarrel and they should not take part in it. And this failure to vote is despite the goodies distributed to them by BN, and the threats regarding foreign workers.


BM Version
KEPUTUSAN PRK

1. Najib bermegah-megah atas kemenangan dengan majoriti yang besar.

2. Akhbar melaporkannya bahawa beliau menang dengan 6,969 undi di Kuala Kangsar dan 9,191 undi di Sg. Besar.

3. Sebenarnya majoriti adalah jauh lebih kecil kerana 10,621 undi pergi kepada pihak lain yang bertanding di Kuala Kangsar supaya majoriti BN adalah hanya 2,032.

4. Di Sg. Besar margin hanya 2,289 dan bukan 9,191 kerana pihak-pihak lain mendapat 14,511 manakala BN memenangi 16,800.

5. Jika dikira BN telah mengedarkan beras dan barangan elektrik, serta wang, memperbaiki jalan dan berjanji untuk membina jambatan bernilai jutaan Ringgit, manakala Amanah pula adalah sebuah parti baru yang dilanda kemiskinan dengan hampir tidak ada jentera pilihan raya, prestasi Amanahlah yang wajar diberi kepujian.

6. Bagi PAS walaupun ia berjaya memecahkan undi Melayu, dengan sekali gusnya membantu BN, ia tewas kepada Amanah di Sg. Besar.

7. Taktik yang digunakan oleh BN untuk menang juga tidak sesuatu yang boleh dibanggakan.

8. Bagi pengundi Cina, mereka tidak kembali kepada BN. Bilangan mereka yang keluar mengundi adalah jauh di bawah purata di dalam kedua-dua kawasan pilihan raya, menunjukkan kepercayaan mereka, seperti yang dipromosikan oleh MCA, bahawa ini adalah pergaduhan Melayu dan mereka tidak boleh mengambil bahagian di dalamnya. Dan kegagalan untuk mengundi ini berlaku walaupun gula-gula diagihkan kepada mereka oleh BN, dan ancaman mengenai pekerja asing.

Saturday, June 25, 2016

HAK ISTIMEWA

As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on June 24, 2016

1. Saya ucap terima kasih kepada Khairul Azwan Harun, Naib Ketua Pemuda, yang mengsyor supaya Kerajaan menghentikan segala bantuan kewangan dan harta kepada Yayasan Kepimpinan Perdana, termasuk penggajian kakitangan.

2. Memanglah menjadi hak Kerajaan mengguna kuasa yang diberi oleh rakyat dengan apa cara sekalipun. Ini saya terima. Rampaslah.

3. Yang saya sedih ialah cadangan ini datang dari pemuda yang akan mewarisi negara dan kepimpinannya di masa hadapan. Sebelum pun mendapat kuasa, kebengisan dan corruption of power sudah ditunjuk.

4. Tujuannya sama dengan rasuah. Pemberian (suapan) rasuah bertujuan mendapat sokongan, atau mengurang kritikan terhadap pemberi. Perampasan hak mempunyai tujuan yang sama. Tidak ada perbezaan antara pemberian dan perampasan – kedua-duanya adalah rasuah.

5. Negara sekarang tahu apabila Khairul Azwan dengan konco-konconya mendapat kuasa (melalui rasuah) negara akan melihat suapan dan rampasan oleh Kerajaan sebagai cara mengekalkan kuasa.

6. Ini jelas kerana hari ini pemuda dan pewaris menyokong segala perbuatan Najib yang dunia pandang jijik, yang menjatuhkan maruah negara bangsa.

7. Tidaklah salah jika diramal bahawa ini juga akan dilakukan oleh mereka yang menyusul.

8. Saya tidak akan merasa kehilangan apabila rampasan dibuat.

9. Saya biasa dan faham dengan kehidupan tanpa keistimewaan . Hanya saya sedih memikir masa depan negara tercinta ini.

10. Apakah akan jadi kepadanya setelah budaya rasuah dipandang tinggi dan dipertahan oleh yang akan berkuasa dan memerintah.

Friday, June 24, 2016

STATUS RASUAH DI MALAYSIA

As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on June 23, 2016

1. Rasuah adalah suatu jenayah yang dipandang keji dalam masyarakat manusia. Agama Islam melaknati mereka yang mengamal rasuah. Pendapatan mereka dari rasuah termasuk dalam pendapatan yang tidak halal. Mereka yang makan duit rasuah memakan benda yang haram.

2. Ada seorang yang menggelar dirinya ulama, berkata rasuah tidak termasuk dalam jenayah hudud. Balasan hanya diterima diakhirat. Pendapat ulama ini menghalalkan rasuah di dunia, walaupun diharamkan oleh Islam dengan menjanji neraka di akhirat.

3. Rasuah atau korupsi atau dalam bahasa pasar, makan suap, berlaku di semua negara di dunia. Perbezaan hanya dari segi tahap amalannya. Ada negara yang ternampak seolah-olah bersih tetapi dari semasa ke semasa dilapor kes-kes perlakuan korupsi.

4. Di kebanyakkan negara lain rasuah berlaku secara tersembunyi walaupun disyaki dan diketahui umum. Yang memberi tahu dan yang menerima juga tahu akan perlakuan jenayah rasuah. Tetapi pihak yang menjadi mangsa tidak berani bercakap atau membongkar kerana takut tidak akan dilayan langsung di masa hadapan, bukan sahaja oleh pihak yang memeras tetapi juga rakan-rakan mereka.

5. Tetapi ada juga negara dimana rasuah diterima sebagai amalan biasa. Tiap satu urusan memerlukan suapan rasuah sekian banyak kepada anggota-anggota yang terlibat dalam melayan permintaan.

6. Rasuah bukan sahaja menaikkan kos segala-galanya tetapi juga mengganggu dan melewatkan pengurusan. Negara dimana rasuah berleluasa sukar dibangunkan dan dimajukan. Rakyat akan menderita kerana sebahagian dari kos sara hidup ditelan oleh suapan rasuah. Bisnes menghadapi keadaan kos yang tidak menentu yang merugikan. Pelabur dari dalam dan luar tidak berminat untuk melabur dan ini mengurangkan peluang pekerjaan dan menjejaskan pembangunan ekonomi.

7. Penggangguran yang ramai menekan turun upah pekerjaan. Kemiskinan akan menimpa ramai penduduk kerana pendapatan yang rendah dan pengganguran.

8. Ekonomi negara akan merosot berterusan. Sesungguhnya rasuah adalah satu musibah yang boleh menimpa bangsa yang rendah moral dan terbelenggu dengan perasaan tamak.

9. Di Malaysia rasuah memang pun ada sejak dizaman pemerintahan Raja-Raja Melayu. Ia lebih dikenali sebagai makan suap.

10. British menggunakan pendekatan ini untuk menjajah negeri-negeri Melayu. Tetapi setelah menjajah, pentadbiran British mengawal rasuah di kalangan anggota pentadbiran. Tahap makan suap tidaklah terlalu tinggi sehingga menjejas pentadbiran wilayah yang dijajah mereka.

11. Selepas merdeka kawalan terhadap rasuah diteruskan dan tahapnya tidaklah begitu tinggi. Lagi pun rakyat dan peniaga yang kaya tidak ramai dan kontrak Kerajaan pun amat sedikit dan kecil.

12. Semakin kaya negara semakin besarlah jumlah permohonan lesen dan sebagainya dan juga kontrak. Dan jumlah rasuah pun meningkat. Namun demikian perasuah sedar rasuah menyalahi undang-undang dan dipandang keji oleh masyarakat.

13. Oleh itu disembunyinya amalan ini. Rasuah yang berlaku dilakukan dibawan meja; iaitu dirahsiakan oleh pemberi dan penerima.

14. Kerajaan telah menubuh Badan Pencegah Rasuah. Sedikit sebanyak adanya Badan ini menghalang dan mengurangkan rasuah. Sekali-sekala tangkapan dilakukan oleh Badan ini.

15. Tumpuan diberi kepada ahli politik dalam Kerajaan. Ada juga pembesar politik yang dikenakan tindakan.

16. Tetapi rasuah mereka masih dibawah meja, disembunyi. Bukti yang diperolehi ialah dari cara hidup mewah yang melebihi pendapatan mereka secara ketara.

17. Dalam parti pemerintah timbul kepercayaan bahawa jawatan boleh membuka peluang untuk memperkaya diri. Oleh itu ramai yang mengguna sogokan untuk memenangi jawatan. Maka kualiti kepimpinan pun merosot. Yang tidak mampu menyogok kalah. Kepimpinan dikuasai oleh mereka yang tamak dan tidak lagi anggap rasuah sebagai jenayah yang hina.

18. Dalam keadaan inilah datang pemimpin yang percaya wang boleh menjayakan segala-galanya. Slogan yang dipercayai dan diamal ialah “Cash is King”. “Cash” yang boleh berlagak sebagai “King” tentulah besar.

19. Inilah yang kita lihat hari ini dalam politik negara. Wang diguna dengan luas untuk menarik sokongan rakyat. Dicipta berbagai alasan untuk memberi wang Kerajaan secara percuma kepada sebilangan besar dari rakyat dengan tujuan meraih sokongan.

20. Tetapi wang untuk ini mestilah yang lebih besar dan membesar sepanjang masa. Kerajaan sendiri tidak miliki dana yang cukup. Apabila keperluan rasuah meningkat kepada bermillion maka punca kewangan lain mesti dicari.

21. Demikian, apabila rasuah diamalkan maka punca lain, samada halal atau tidak, tidak lagi mempengaruhi tindakan. Mungkin derma atau punca yang tidak halal dicipta.

22. Jika yang berkuasa tidak ada perasaan takut dituduh, diselidik dan didakwa dimahkamah maka pengawalan melalui undang-undang tidak lagi berkesan.

23. Rasuah diperingkat atasan menjadi begitu besar sehingga diketahui umum. Jika diperingkat atasan berleluasa, maka diperingkat bawahan juga ia berkembang dan diamal tanpa takut.

24. Sebagai negara demokratik, pilihanraya adalah cara untuk memilih wakil rakyat yang mungkin memegang jawatan tertinggi. Kata pepatah Inggeris “power corrupts”. Walaupun kuasa rakyat terhad kepada pemilihan wakil, tetapi ia masih juga kuasa.

25. Dengan kuasa ini pun rakyat terdedah kepada rasuah. Dalam iklim “Cash is King” maka wang boleh membeli kuasa undi rakyat. Maka terlihatlah pemberian wang, beras, alatan elektrik secara terbuka kepada pengundi di mana pemilihan berlaku. Dan terdapatlah undi yang banyak kepada perasuah.

26. Ada pihak yang berkata terima sahaja sogokan, tetapi jangan beri undi. Tetapi sama ada undi diberi atau tidak penerimaan sogokan masih rasuah dan masih menjadi wang haram. Apabila bersumpah untuk memberi undi, wang dan barangan yang haram tetap haram. Dan besar kemungkinan wang yang diberi didapati secara haram. Maka bergandalah dosa penerimaan rasuah.

27. Semua yang berlaku ini tetap rasuah. Tetapi kerana Badan Pencegah Rasuah dikuasai oleh perasuah, tidak ada tindakan. Maka semakin berleluasalah rasuah di negara tercinta ini.

28. Sekarang rasuah sudah naik ke atas meja.

29. Ia sudah jadi perkara biasa. Apabila sahaja kuasa diberi, maka rasuah tetap akan berlaku. Dalam PRU dan PRK pengundi menanti. Suapan yang terbesar menentukan siapa yang memerintah.

30. Ini bermakna pemerintahan yang akan didirikan hasil PRU ialah pemerintahan rasuah.

31. Malaysia sudah disenarai sebagia diantara sepuluh buah negara yang tahap korupsi tertinggi di dunia. Inilah legasi seorang pemimpin Malaysia.

Tuesday, June 21, 2016

PENDIRIAN SAYA

As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on June 20, 2016

1. Mereka bertanya apakah pendirian saya setelah mereka menang.

2. Pendirian saya tidak berubah. Mungkin ia menjadi lebih keras.

3. Saya tidak mungkin sokong perbuatan salah guna kuasa seperti menubuh dana kekayaan negara dengan berhutang; pengurusan dana ini sehingga rugi berbillion-billion; pembelian oleh 1MDB tanah Kerajaan bernilai 3000 RM pada harga RM 60 skp; Penglibatan Jho Low dalam pengurusan 1MDB; pemindahan bermillion dollar Amerika kepada syarikat milik Jho Low; pengakuan Najib bahawa adalah benar wang sebanyak 2.6 billion Ringgit ada dalam akaun peribadinya; kegagalan Najib menjelas dari mana datangnya wang ini; kehilangan berbillion Ringgit wang 1MDB; pemindahan beban bayaran hutang 1MDB kepada Kerajaan.

4. Saya juga tidak mungkin sokong penyalahgunaan kuasa oleh Najib dengan menangkap, memasukkan dalam tahanan, menuduh dengan mengguna undang-undang yang salah iatu undang-undang anti-terrorist yang kemudian ditukar kepada undang-undang mensabotaj ekonomi kononnya, membuang A.G. supaya dapat diganti dengan A.G. yang sanggup berbohong dan berselindung di belakang OSA.

5. Saya tidak dapat terima seorang Perdana Menteri yang menjatuhkan maruah bangsa dan negara setelah akhbar dan TV seluruh dunia menyiar dengan terang dan bukti yang jelas akan salah laku Najib berkenaan duit 1MDB; institusi-institusi Kerajaan di Switzerland, Singapura mendakwa berkenaan kesalahan 1MDB pimpinan Dato Seri Najib dalam pengurusan wang 1MDB; pembayaran berbillion Ringgit kepada syarikat palsu, yang menyebabkan 1MDB disaman oleh badan milik Kerajaan Abu Dhabi supaya dibayar gantinya sebanyak RM 20 billion lebih.

6. Saya tidak dapat terima Najib yang berpegang kepada konsep “Cash is King”, Wang Tunai itu Raja – iaitu mengamal rasuah sebagai prinsip politiknya.

7. Kemenangan luar biasa BN dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar jelas dihasilkan dari pemberian wang dan barang-barang kepada pengundi. Perbuatan ini dilihat oleh orang ramai. Tidak ada perasaan segan silu atau malu apabila membuat penipuan untuk mendapat kemenangan.

8. Maruah bangsa dan negara sudah dimusnah sehingga rakyat Malaysia yang dahulu bermaruah sudah turut contoh yang ditunjuk oleh pemimpin.

9. Mereka yang bertanya akan pendirian saya perlu bertanya diri sendiri apakah maruah kamu sudah tidak ada lagi sehingga sanggup berbangga dengan kemenangan hasil penipuan, hasil rasuah yang terbuka dan salah guna kuasa yang ketara.

10. Bagi saya usaha untuk membersih Kerajaan Malaysia akan saya teruskan dengan apa cara sekalipun.


English Version
MY STAND

1. They asked me what my stand is after their victory.

2. My stand has not changed. Maybe it has become harder.

3. I cannot support the acts of abuse of power such as the setting up of a sovereign wealth fund with borrowings; management of the fund that incurred billions of losses; purchase by 1MDB of Government land valued at RM3,000 psf for RM60 psf; Jho Low’s involvement in the management of 1MDB; the transfer of millions of US dollars to a company owned by Jho Low; Najib’s admission as true the sum of RM2.6 billion being in his personal account; Najib’s failure to clarify where this money comes from; losing billions of ringgit of 1MDB money; transfer of 1MDB’s debt liability to the Government.

4. I also cannot support the abuse of power by Najib with arrests, putting into custody, charging with wrong sets of law, that is an anti-terrorist law, which was later changed to a law alleging sabotaging the economy, sacking the Attorney General so that he can be replaced with an Attorney General who is capable of lying and hide behind the OSA.

5. I cannot accept a Prime Minister who degrades the race and nation after newspapers and TV around the world broadcast openly and with clear evidence of Najib’s misconduct regarding 1MDB’s money; allegations by Government institutions in Switzerland, Singapore in respect of mismanagement of 1MDB funds by Dato Seri Najib led 1MDB; payment of billions of Ringgit to fake companies, which led to 1MDB being sued by the Abu Dhabi Government-owned entity for compensation of more than RM20 billion.

6. I cannot accept Najib who adheres to the concept of “Wang Tunai itu Raja” – “Cash is King”, – that is, the practice of corruption as his political principle.

7. Extraordinary BN victory in the Sungai Besar and Kuala Kangsar by-elections results clearly from the giving of money and goods to voters. This act is clearly seen by the public. There is no feeling of shame or embarrassment in cheating to secure victory.

8. The dignity of race and nation has been destroyed such that Malaysian citizens who formerly act with dignity now follow the examples shown by the leader.

9. Those who asked my stand should first ask yourself whether you have compromised your dignity so that you are capable of being proud of a victory which is the result of fraud, open corruption and obvious abuse of power.

10. As for me, my efforts to clean the Malaysian Government will continue in whatever way.

Wednesday, June 15, 2016

DESAKAN RAKYAT

As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on June 14, 2016

1. Ada ahli UMNO yang tidak senang dan marah kerana saya berada di satu pentas dengan Kit Siang, musuh ketat UMNO

2. Saya tidak akan ada bersama Kit Siang jika UMNO masih UMNO yang ditubuh pada 1946.

3. Dimasa saya jadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri teguran dan cabaran terhadap saya tidak ditegah oleh saya. Musa Hitam, Tengku Razaleigh dicalon untuk bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Ramai Menteri dalam Kabinet saya, seperti Rais Yatim, Abdullah Ahmad Badawi, Syed Hamid, Kadir Sheikh Fadzir berkempen menyokong Razaleigh dan Musa. Saya tidak halang mereka, tidak lucut keahlian mereka.

4. Keputusan undian memberi kemenangan kecil kepada saya dan Ghafar. UMNO diheret ke mahkamah dan hakim hukum UMNO haram.

5. Saya terpaksa hidupkan semula UMNO. Walaupun Tengku Razaleigh menubuh Semangat 46 tetapi majoriti ahli UMNO menyertai UMNO Baru. Turut menyertai ialah Abdullah Badawi, Kadir Sheikh Fadzir, Syed Hamid dan kemudian Rais Yatim. Mereka kembali menjadi Menteri. Tidak ada siapa yang dibuang dari UMNO melainkan mereka sendiri memilih untuk menyertai Semangat 46.

6. Apabila Semangat 46 dibubar, ahli mereka diterima balik ke dalam UMNO.

7. UMNO kembali kuat walaupun yang tidak sokong saya dimasa pertandingan berada dalam UMNO.

8. Inilah cara UMNO. Pemimpin dan ahli bebas menegur dan mencabar pemimpin. Saya diserang hebat oleh penyokong Anwar semasa dia menjadi Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri.

9. Penyingkirannya dibuat oleh Majlis Tertinggi dengan dia diberi hak mempertahankan diri. Keputusan dibuat oleh Majlis Tertinggi.

10. Dalam kes Musa Hitam yang telah letak jawatan sebagai Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri, Majlis Tertinggi membuat keputusan untuk menghantar rombongan dibawah Wan Mokhtar ke London untuk memujuk Musa menarik balik perletakan jawatan-jawatannya. Saya tidak larang.

11. Dia bersetuju kembali sebagai Timbalan Presiden dan tidak sebagai Timbalan Perdana Menteri. Saya terpaksa lantik Ghafar Baba sebagai Timbalan Perdana Menteri, sementara Musa terus jadi Timbalan Presiden.

12. Lepas itu Musa pujuk musuhnya, Tengku Razaleigh untuk bertanding sebagai Presiden melawan saya. Musa sendiri bertanding jawatan Timbalan Presiden dibawah calon Presiden Tengku Razaleigh musuhnya.

13. Walaupun Musa melakukan semua ini saya lantiknya sebagai Wakil Istimewa Malaysia ke Bangsa-Bangsa Bersatu. Saya beri kepadanya taraf Menteri.

14. Semua yang saya lakukan diasaskan kepada demokrasi. Tetapi hari ini Najib sebagai Presiden bukan sahaja tidak boleh dicabar, tetapi tidak boleh ditegur pun. Kalau sesiapa menegur dianya dilucut keahlian dalam parti. Ini disusuli dengan larangan bertemu ahli dan pemimpin UMNO. Ada pula keputusan menggantung jawatan. Tidak ada peluang diberi untuk pertahan diri.

15. Perwakilan ke Mesyuarat Agong UMNO tidak lagi bebas bersuara. Mereka ditaklimatkan supaya tidak sentuh 1MDB dan 2.6 billion Ringgit dalam akaun peribadi Najib.

16. Dalam keadaan begini bolehkah ahli UMNO beri sokongan kepada saya secara terbuka dan ramai jika saya tegur Najib? Beranikah ahli UMNO secara terbuka tandatangani Deklarasi Rakyat untuk menjatuhkan Najib?

17. Beberapa Ketua Cawangan yang mengkritik Najib telah diberi amaran, diganggu perniagaan, ditarik balik biasiswa isteri dan bermacam lagi tekanan.

18. Yang jelas ialah semua Menteri-Menteri, Ketua Bahagian UMNO, wakil-wakil rakyat UMNO membisu dalam merestui segala salah laku Najib. Biarlah hilang berbillion Ringgit, negara dikenali di dunia sebagai antara sepuluh negara yang tertinggi rasuahnya, rakyat Malaysia apabila berada di luar negara dimalukan dan dihina dan Najib sendiri takut bertemu dengan pemberita asing, namun ahli UMNO akan sokong Najib.

19. Akhbar dunia melapor secara terperinci dan terbuka berkenaan bagaimana Najib menyalahguna kuasa, memasukkan dalam tahanan pemimpin UMNO yang membuat laporan polis, mendakwanya di bawah undang-undang pengganas, menangkap peguamnya, tetapi pemimpin dan ahli UMNO tidak berasa malu dan terus sokong Najib.

20. Dan sekarang undang-undang dikuatkuasakan yang memberi kuasa kepada Najib membelakangkan Yang diPertuan Agong, Kabinet, Dewan Rakyat, Dewan Negara untuk mengisytiharkan kawasan darurat dalam mana Najib sebagai Pengerusi National Security Council (Majlis Keselamatan Negara), boleh masukkan dalam tahanan siapa sahaja tanpa dibicara di mahkamah.

21. Semua pihak dalam dan luar negara mengecam undang-undang ini. Yang diPertuan Agong dan Raja-Raja tidak menandatangani undang-undang ini. Baginda dan Duli-Duli Raja-Raja mengarahkan supaya dikaji dan dihalusi peruntukan dalam undang-undang ini.

22. Najib tidak endah semua bantahan dan nasihat Raja-Raja. Dia kuatkuasakan sahaja undang-undang ini.

23. Yang boleh meminda atau menolak undang-undang ini ialah Dewan Rakyat. Ahli Dewan Rakyat dari UMNO dan BN tidak mungkin menolak rebutan kuasa oleh Najib.

24. Apakah mungkin teguran saya disokong oleh ahli UMNO secara meluas? Tentu tidak. Saya tidak sertai mana-mana parti sekarang. Saya bebas untuk berserta dengan apa sahaja gerakan. Sebagai rakyat Malaysia saya sertai gerakan rakyat untuk menumpaskan Najib. Jika terdapat dalam gerakan ini Lim Kit Siang, dia juga rakyat. Hanya dalam usaha dan niat untuk singkirkan Najib sahaja kita bersetuju.

25. Oleh kerana pimpinan UMNO sekarang tidak faham bahasa saya, saya jelaskan sekali lagi bahawa saya bertindak sebagai rakyat Malaysia untuk menyedarkan Najib bahawa rakyat tidak terimanya lagi.

26. Jika ada Kit Siang atau sesiapa bersama saya, itu adalah kerana mereka seperti saya juga rakyat Malaysia yang hendak menyatakan kepada Najib melalui PRK ini bahawa rakyat sudah tidak lagi dapat menerima Najib sebagai Perdana Menteri. Hanya secara kebetulan sahaja mereka menjadi ahli parti-parti politik atau NGO.

27. Tetapi yang tidak mahu faham tentu tidak akan faham juga.


English Version
CITIZEN’S URGINGS

1. There are UMNO members who are unhappy and angry that I shared the same stage with Kit Siang, UMNO’s bitter rival.

2. I will not be with Kit Siang if UMNO is still the UMNO that was founded in 1946.

3. When I became the President of UMNO and the Prime Minister criticism and challenges towards me was not prohibited by me. Musa Hitam, Tengku Razaleigh were nominated to contest for posts of President and Vice President. Many ministers in my cabinet, like Rais Yatim, Abdullah Ahmad Badawi, Syed Hamid, Kadir Sheikh Fadzir campaigned support for Razaleigh and Musa. I did not prohibit them, nor did I terminate their membership.

4. The result of the poll gave a small victory to me and Ghafar. UMNO was taken to court and the judge declared UMNO illegal.

5. I had to reconvene UMNO. Although Tengku Razaleigh formed Semangat 46, the majority of UMNO members joined the new Umno, UMNO Baru. Joining UMNO Baru were Abdullah Badawi, Kadir Sheikh Fadzir, Syed Hamid and then Rais Yatim. They returned to be Ministers. Nobody was sacked from Umno but they are those who themselves chose to participate in Semangat 46.

6. When Semangat 46 was dissolved, their members were received back into UMNO.

7. UMNO returned to be strong although those who that did not support me during the party election remained in UMNO.

8. This was how UMNO was. Leaders and members were free to criticize and challenge the leaders. I was severely attacked by supporters of Anwar when he was Deputy President and Deputy Prime Minister.

9. His removal was made by the Supreme Council and he was given the right to defend himself. The decision was made by the Supreme Council.

10. In the case of Musa Hitam who had resigned as Deputy President and Deputy Prime Minister, the Supreme Council made the decision to send a delegation under Wan Mokhtar to London to persuade him to withdraw his resignation. I did not forbid.

11. He agreed to return as Deputy President but not as Deputy Prime Minister. I was forced to appoint Ghafar Baba as the Deputy Prime Minister, while he continued to be the Vice President.

12. Then Musa persuaded his adversary, Tengku Razaleigh, to run for post of President against me. Musa himself contested the Deputy President’s post under the Presidential candidacy of Tengku Razaleigh, his enemy.

13. Even though Musa did all these I appointed him as Special Representative of Malaysia to the United Nations. I gave him the status of Minister.

14. Everything I did was based on democracy. But today Najib as president not only cannot be challenged, but also cannot even be criticized. If anyone reprimands he is deprived of membership in the party. This is followed by a ban in meeting UMNO members and leaders. There is also the decision to suspend him from the post. There is no opportunity given to defend himself.

15. UMNO delegates to the General Meeting are no longer given the liberty of free speech. They were briefed not to touch on the question of 1MDB and the 2.6 billion ringgit in Najib’s personal account.

16. Under these circumstances can Umno members give their support to me openly and publicly if I chided Najib? Are UMNO members daring enough to openly sign the Declaration of the People to topple Najib?

17. Some branch leaders who criticized Najib had been warned, their businesses interrupted, wives’ scholarships withdrawn and many other pressures.

18. What is clear is that all Ministers, Heads of Umno, Umno elected representatives, remained silent and endorsed all the wrongdoings of Najib. Let billions of ringgit be lost, let the country be known worldwide as one of the ten top most corrupted countries, let Malaysians when abroad be humiliated and insulted and Najib himself be afraid of meeting foreign reporters, but UMNO members will continue to support Najib.

19. World press report in detail and openly about how Najib abused power, put under detention UMNO leader who lodged police reports, prosecute him under the law of terrorism, detain his lawyer, but the leaders and members of UMNO do not feel ashamed and continue to support Najib.

20. And now there is a law in force which empowers Najib, sidestepping the King, the Cabinet, the Parliament, the Senate, to declare a state of emergency in any area where Najib as Chairman of the National Security Council can enter and put anyone under detention without trial in court.

21. All parties in and outside the country are denouncing this law. The Yang di-Pertuan Agong and the Rulers did not sign this law. His Majesty and The Rulers ordered the provisions in this law to be reviewed and refined.

22. Najib ignored all the objections and advice of the Rulers. He will only enforce this law.

23. Parliament can amend or reject this legislation. It is highly unlikely Members of Parliament from UMNO and BN will frustrate seizure of power by Najib.

24. Is it possible that my criticism be widely supported by members of UMNO? Of course not. I am not involved in any party now. I am free to participate in whatever movement. As a Malaysian I joined the people’s movement to topple Najib. If there is in this movement Lim Kit Siang, bear in mind he is also a citizen. It is only in this effort and intention to get rid of Najib that we agree.

25. If UMNO leaders still do not understand my language, let me explain once again that I act as a citizen of Malaysia to make Najib realize that the people do not accept him anymore.

26. If there is Kit Siang or anybody else with me, this is because they too are, like me, Malaysians who want to express to Najib through this election that people are no longer able to accept Najib as Prime Minister. Only by coincidence alone that they are members of political parties or NGOs.

27. But certainly those who do not want to understand will not understand as well.

Sunday, June 12, 2016

BAZAR RAMADHAN

As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on June 10, 2016

1. Seperti biasa saya ke bazar Ramadhan untuk membeli aneka jenis masakan yang hanya terdapat di bulan puasa.

2. Hari pertama saya ke bazar di Putrajaya. Lokasi bazar telah dipindah tetapi pelanggan ramai seperti biasa.

3. Hari kedua saya ke Kampung Baru. Saya kagum dan gembira kerana pihak berkuasa sudah mendirikan bumbung untuk melindungi gerai dari hujan dan panas. Kain berwarna-warni menghiaskan siling yang juga mengurangkan panas matahari.

4. Tanpa dirancang saya bertemu dengan pegawai yang bertanggungjawab menghiaskan bazar Ramadhan Kampung Baru dan saya ucap tahniah kepadanya. Katanya tahun hadapan keselesaan dan keindahan pasar itu akan diperbaiki lagi.

5. Sekali lagi saya ucap tahniah kepadanya.

6. Sebelum saya masuk kereta, dia menyatakan kegembiraannya bahawa dia diberitahu saya tidak akan pergi ke Sungai Besar dan Kuala Kangsar

7. Saya terpaksa jelas bahawa saya akan berkempen dikedua-dua tempat. Bulan puasa bukan masanya untuk kita bersikap kasar. Saya akan cuba elak dari menggunakan perkataan yang kasar.

8. Sesungguhnya saya tidak faham bagaimana ada orang yang masih sokong Najib. Di Brazil dan Kenya dan beberapa negara lain, tidak banyak bukti yang menunjukkan pemimpin mereka terlibat dengan rasuah atau salah guna kuasa. Tetapi tuduhan masih dibuat terhadap mereka. Presiden Brazil digantung jawatannya oleh hakim besar supaya tidak mengganggu siasatan terhadapnya.

9. Di Malaysia juga Presiden UMNO dan Perdana Menteri pernah meletakkan jawatan apabila ternampak rakyat tidak lagi sokong mereka.

10. Tetapi bukti salahlaku Najib adalah jelas dan didedah secara terbuka sehingga ke seluruh dunia dan tidak dapat dinafikan olehnya. Berpuluh akhbar dan TV negara-negara asing menyiarkan laporan yang dilengkapi dengan gambar dan dokumen dan surat berkenaan salah guna kuasa oleh Najib dan kehilangan berbillion duit 1MDB dan wang beribu juta berada dalam akaun peribadi Najib. Benar di Malaysia akhbar arus perdana tidak pernah siar perkara-perkara ini. Tetapi media sosial menunjukkan rakyat mengetahui akan kesalahan Najib dan sudah tidak percaya padanya. Rakyat menuntut supaya dia berhenti dari menjadi Perdana Menteri.

11. Dibawah Najib parti UMNO ditolak dan dikecam oleh orang Melayu dan ramai ahli; UMNO sudah jadi lemah dengan pencapaian yang terburuk dalam PRU 13. Besar kemungkinan UMNO akan kalah dalam PRU 14, jika Najib memimpinnya. Semua ini berlaku semasa kepimpinan Najib.

12. Rakyat Malaysia berasa amat malu apabila berada di negara lain kerana ditanya apa sudah jadi kepada negara kamu. Ada orang asing yang berkata “rasuah” apabila mereka ketahui kerakyatan pelawat dari Malaysia. Ada rakyat Malaysia, apabila ditanya di luar negara dari mana mereka datang enggan menyebut Malaysia kerana malu. Demikianlah malunya mereka dengan keadaan di negara mereka. Najib sendiri melarikan diri apabila akhbar asing cuba menemuinya. Amat memalukan apabila dia terpaksa guna jalan belakang bagi mengelak di soal akhbar.

13. Tetapi di Malaysia masih ada ahli dan pemimpin UMNO yang mempertahankan Najib, yang cuba menunjuk kebaikan Najib. Walaupun mereka gagal namun mereka terus menyokong Najib.

14. Saya tidak menjadi ahli mana-mana parti sekarang. Parti saya UMNO sudah tidak mencerminkan UMNO yang ditubuh pada 1946 di Istana Besar, Johor Bahru. Ia sudah dirampas oleh Najib dan diguna untuk mempertahankan dirinya. Saya tinggalkan parti Najib ini untuk jadi rakyat biasa.

15. Demikianlah perbezaan parti milik Najib dengan UMNO sehingga apabila perwakilan dilarang menyebut atau membahas 1MDB dan 2.6 billion dalam akaun Najib semasa mesyuarat agung dan diluar, mereka akur. Tidak ada bantahan. Sebaliknya dahulu perbahasan terbuka tidak pernah dilarang. Semangat kebangsaan UMNO yang berjaya menolak Malayan Union, memerdekakan Malaya dan Malaysia, membangunkan negara sehingga dihormati dunia sudah tidak lagi ada pada ramai ahli dan pemimpin UMNO.

16. Saya tidak ada parti. Namun sebagai rakyat Malaysia saya tidak boleh mengasingkan diri daripada gerakan rakyat untuk menyingkir Najib. Mereka sudah lancar Deklarasi Rakyat untuk menyingkirkan Najib. Saya sokong Deklarasi ini dan sudah tandatanganinya. Hakikatnya pilihanraya kecil ini bukan untuk menukar Kerajaan atau dasar Kerajaan. Jika BN kalah pun Kerajaan Najib tidak akan jatuh.

17. Tetapi kekalahan BN akan memberi mesej kepada Najib secara jelas bahawa rakyat menolak kepimpinannya. Penyertaan saya hanya untuk menerang dan mendesak pengundi akan pentingnya Najib ditolak dan deklarasi rakyat disokong. Jika Najib menang maka ia akan terus menekan rakyat kerana mempercayai rakyat bersetuju dengan segala perbuatannya .

18. Selamat berpuasa.


English Version
RAMADHAN BAZAAR

1. As usual I went to Ramadan bazaars to buy various types of cuisine found only in the month of fasting.

2. For the first day I went to the bazaar in Putrajaya. Location of the bazaar has been changed but the crowd remained as usual.

3. For the second day I went to Kampung Baru. I was amazed and pleased that the authority have installed roofs to protect the stalls from rain and sun. Colourful fabrics decorate the ceilings which also reduced the heat.

4. I had an unplanned meeting with the officer responsible for Kampung Baru Ramadan bazaar decoration and I congratulated him. He said that next year the comfort and beauty of this market will be further enhanced.

5. Once again I congratulated him.

6. Before I entered the car, he expressed his joy when he was told I will not be going to Sungai Besar and Kuala Kangsar

7. I had to clarify that I will be campaigning in both places. Ramadan is not the time for us to be rude. I will try to avoid using harsh words.

8. Indeed, I do not understand why there are people who still support Najib. In Brazil and Kenya and some other countries, there are not much evidence to show their leaders are involved in corruption or abuse of power. But still allegations are made against them. The President of Brazil was suspended from his post by the Chief Judge so that he will not interfere with the investigations against him.

9. In Malaysia UMNO President and Prime Minister had also resigned when it emerged people no longer support them.

10. But evidence of misconduct by Najib is clear and openly exposed to the world and cannot be denied by him. Dozens of newspapers and foreign television stations, complete with photos, documents and letters, reported the abuse of power by Najib and the loss of billions of 1MDB funds and existence of millions of money in Najib’s personal account. True in Malaysia, the mainstream media never reported these things. But social media shows that people are aware of Najib’s wrongdoings and do not believe in him any more. People demanded that he quit as Prime Minister.

11. Under Najib, UMNO Party is rejected and condemned by the Malays and many members; UMNO has become weak with the worst performance in the 13th General Election and is likely to be defeated in the 14th General Election, if Najib continues to lead. All these occurred during the leadership of Najib.

12. Malaysians feel very embarrassed, when they are in foreign countries, when asked what has happened to their country. There are foreigners who says “corruption” when they know the nationality of visitors from Malaysia. There are Malaysians, when asked in a foreign country where they came from, declined to admit, out of embarrassment, that they are from Malaysia. How shameful they are with the situation in their country. Najib himself fled when accosted by foreign media. It is a shame that he had to use the back door to avoid being questioned by the newspapers.

13. But in Malaysia there are still Umno members and leaders who defend Najib, those who are trying to promote the virtues of Najib. Although they failed, but they continue to support Najib.

14. I am not a member of any party now. My party UMNO no longer reflected the UMNO which was formed in 1946 at the Istana Besar, Johor Bahru. It has been hijacked by Najib and being used to defend himself. I left this party of Najib to be an ordinary citizen.

15. Thus the difference between a party owned by Najib and UMNO, that when representatives are prohibited from mentioning or discussing 1MDB and Najib’s RM2.6 billion in his account during the general meeting and beyond, they agree. There are no objections. On the other hand, previously open debate was never prohibited. The national spirit of Umno that managed to reject the Malayan Union, liberated Malaya and Malaysia, developed the country that the world respected no longer exist among UMNO members and leaders.

16. I do not have a party. But as a Malaysian I cannot isolate themselves from the people’s movement to oust Najib. They have launched People’s Declaration to oust him. I support this Declaration and have already signed it. The fact is that this by-election is not to change the government or government policy. Even if BN loses Najib’s government will not fall.

17. But BN’s defeat will send a message to Najib in a clear way that the people rejects his leadership. My participation is only to explain and emphasize how important it is that Najib be defeated and People’s Declaration be supported. If Najib wins then he will continue to suppress the people because he believes people agree with everything he does.

18. Happy fasting.

Friday, June 10, 2016

KEBEBASAN BERSUARA

As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on June 07, 2016

1. Pengasas negara Malaysia merdeka memilih sistem demokrasi kerana rakyatlah yang berjaya mempengaruhi dan menyokong Raja untuk menolak Malayan Union rancangan British. Rakyat dalam demokrasi diberi hak dan kuasa memilih pemimpin untuk mengetuai pentadbiran negara. Bersama dengan hak ini datang juga hak untuk menukar pemimpin jika pemimpin sudah tidak layak lagi menjadi pemimpin. Penukaran ini boleh dibuat semasa pilihanraya umum atau diwaktu mana pemimpin didapati sudah tidak lagi sesuai.

2. Dalam negara demokratik suara rakyat penting bagi pemimpin mengetahui kehendak mereka. Oleh itu kebebasan bersuara menjadi satu dari hak utama dalam demokrasi. Jika syarat ini tidak dipatuhi maka bukan sahaja demokrasi menjadi cacat tetapi ianya tidak wujud.

3. Negara Malaysia dibawah Najib sudah tidak lagi mengamal prinsip kebebasan bersuara. Memanglah sekatan terhadap memburuk hubungan antara kaum di negara berbilang bangsa ini diperlukan. Semua negara demokratik mengamalkan sekatan tertentu bagi mengelak rusuhan. Tetapi ia tidak termasuk pemerintah mengurang atau menghapus hak rakyat mengkritik pemerintah apabila pemerintah melanggar undang-undang.

4. Hari ini kita lihat hak rakyat bersuara diganggu secara terbuka. Media cetak dan elektronik dikuasai penuh oleh Najib dan tidak lagi lapor yang benar. Maklumat diputar sehingga tidak lagi mencerminkan fakta yang sebenar. Sekatan terhadap media alternatif juga dicuba.

5. Walaupun dahulu kebebasan dialami oleh ahli parti UMNO untuk mencabar Presiden, bahkan bertanding merebut jawatan presiden, hari ini jika Presiden disoal atau ditegur, yang menegur akan dibuang dari parti, atau dilucut dari jawatan dalam parti. Dengan itu ahli parti takut dan membiar presiden membuat perkara yang tidak baik.

6. Katanya ada dedak yang disumbat kedalam mulut ahli-ahli parti supaya mereka menjadi bisu. Ada ahli parti yang mengaku menerima sogokan sebanyak satu dan dua juta Ringgit dan mereka pun menutup mulut terhadap jenayah yang jelas berlaku. Mereka mengia apa sahaja. Sesungguhnya mereka bukan lagi wakil rakyat yang memilih mereka, tetapi sudah jadi orang suruhan Najib. Dasar dan perjuangan parti tidak lagi menjadi tanggungjawab mereka.

7. Demikian juga dengan Ketua-Ketua Bahagian UMNO. Mereka sudah tidak ada suara lagi setelah melihat seorang Naib Ketua Bahagian yang menegur Presiden dipanggil oleh polis, disoal, dimasuk dalam tahanan dan dihadapkan ke mahkamah.

8. Walau apa pun kesalahan yang dilakukan oleh Najib, walaupun duit Kerajaan berbillion Ringgi dihilangkan, walaupun Najib tiba-tiba memiliki berbillion Ringgit dalam akaun peribadinya yang tidak dapat dijelas puncanya; wakil rakyat BN, Ketua-Ketua Bahagian UMNO membisu.

9. Dalam mesyuarat agung UMNO perwakilan tidak dibenar bercakap berkenaan dengan 1MDB dan 2.6 billion Ringgit dalam akaun peribadi Najib.

10. Apabila beberapa pemimpin cawangan menyoal dan menegur Najib kerana 1MDB, 2.6 billion Ringgit dalam akaunnya dan penglibatan Jho Low dan syarikat Good Star Ltd dalam pengurusan wang 1MDB sehingga ratusan juta dollar Amerika hilang, maka Ketua-Ketua Cawangan dipecat.

11. Biasanya apabila pemimpin menyeleweng, Perlembagaan negara memberi hak kepada wakil rakyat membuat undi tidak percaya dalam Dewan. Tetapi kerana dedak dan berbagai jenis tekanan, selain dari dua orang ahli UMNO, ahli-ahli UMNO yang lain dan BN tidak berani menyokong usul tidak percaya jika diusulkan.

12. Rakyat kehilangan suara secara menyeluruh. Semua peruntukan dalam Perlembagaan dan undang-undang berkenaan kebebasan bersuara sudah dibatalkan. Melapor kepada polis berkenaan jenayah yang dilakukan oleh pemimpin juga bukan sahaja tidak berkesan tetapi yang melapor sendiri dimasuk dalam tahanan.

13. Sekarang ini rakyat cuba untuk merayu kepada Yang diPertuan Agong melalui Deklarasi Rakyat. Memang tidak ada peruntukkan dalam Perlembagaan bagi rakyat merayu kepada Raja-Raja. Tetapi oleh kerana semua jalan lain untuk memperdengarkan rintihan mereka sudah dihapuskan, maka terpaksalah mereka mengguna cara rayuan kepada Raja. Najib juga tidak patuh kepada Perlembagaan, undang-undang serta prinsip-prinsip demokrasi berkenaan hak bersuara oleh rakyat.

14. Ugutan juga dibuat untuk merampas paspot jika semasa berada diluar negara, kenyataan dibuat kepada media asing berkenaan salahlaku pemerintahan Najib.

15. Sudah lebih sejuta rakyat menandatangani Deklarasi Rakyat untuk selamatkan Malaysia, walaupun kedengaran ada amaran diberi oleh Kerajaan Najib bahawa sesiapa yang menandatangani Deklarasi Rakyat akan kehilangan bantuan BRIM, biasiswa anak, peluang perniagaan, lesen dan semua kemudahan hak rakyat. Peniaga akan digeledah oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri, tidak akan dapat kontrak, urusan dengan pejabat terganggu dan lain-lain ugutan.

16. Sekarang ada penyokong Najib yang memperlekehkan Deklarasi Rakyat, kononnya ada banyak penipuan. Ia mendesak polis supaya merampas Deklarasi yang berada dengan sekretariat. Harapannya ialah supaya polis dapat kenalpasti mereka-mereka yang telah tandatangan Deklarasi tersebut dan akan dapat mengugut mereka.

17. Sebenarnya memang ramai yang tidak sanggup tandatangan Deklarasi kerana rejim Najib akan ugut dan ganggu mereka. Jika tidak ada gangguan dan ugutan ini lebih ramai rakyat yang akan tandatangani Deklarasi Rakyat. Sebenarnya berjuta rakyat bersetuju supaya Najib berhenti dari menjadi Perdana Menteri. Tetapi mereka takut tindakan rejim Najib.

18. Penyokong Najib ini ialah pengkhianat bangsa dan demokrasi yang tidak senang kerana rakyat bersuara. Kononnya ia dari parti pembangkang yang bermusuh dengan kerajaan Najib. Tetapi sebenarnya ia adalah penyokong tersembunyi Najib yang ingin selamatkan Najib.

19. Usaha untuk mendapat Deklarasi Rakyat akan diteruskan. Saya percaya ramai rakyat Malaysia berani bersuara.

20. Pengkhianat bangsa dan demokrasi tidak akan berjaya walaupun mendapat perlindungan Najib.


English Version
FREEDOM OF SPEECH

1. The exponents of Independent Malaysia chose the democratic system as it was the people who managed to influence and support the Rulers to reject the British Malayan Union plan. People in a democracy are given the right and power to elect a leader to head the Nation’s administration. Along with these rights come also the right to change the leader if the leader is no longer fit to lead. This change can be made during a general election or at a time when the leader is no longer deemed suitable.

2. In a democratic country, voice of the people is essential in order for the leaders to know the people’s needs. Thus, freedom of expression becomes one of the main rights in a democracy. If this condition is not complied with, then not only is democracy flawed but in fact it does not exist

3. The Malaysian nation under Najib no longer practices freedom of expression. No doubt, limits as regards to freedom of speech relating to race relations matters in a multi-ethnic country is necessary. All democratic countries adopt certain restrictions to prevent unrest. But it does not include the government reducing or eliminating the rights of citizens criticising the government when the government violates the law.

4. Today, we see the people’s right to speak harassed openly. Print and electronic media is fully controlled by Najib and no longer report the truth. Facts are twisted until they no longer reflect the truth. Sanctions against alternative media are also tried.

5. Even though in the past, members of UMNO experienced freedom to challenge the President of UMNO, even to contest the Presidency, today if the President is questioned or reprimanded, the one who reprimands will be removed from the party, or stripped of his party posts. With this, party members are scared and allow the President to do bad things.

6. It has been said that “bran” have been stuffed into the mouth of party members so that they become silent. There are party members who admitted to receiving bribes of one and two million Ringgit and they shut their mouths on crimes that are clearly committed. They are agreeable to anything. Indeed, they are no longer representating the people who elected them, but have become Najib’s servants. The Party’s principle and struggle is no longer their responsibility.

7. This is also true with UMNO’s Heads of Division. They lost their voice after seeing a Deputy Head of a Division who reprimanded the President being summoned by police, questioned, taken into custody and brought to court.

8. Even though there are offences committed by Najib, even though billions of ringgit of government money are missing, even though Najib suddenly have billions of Ringgit in his personal account whose source cannot be explained, BN people’s representatives, UMNO Heads of Division are speechless.

9. During the general meeting of UMNO, delegates were not allowed to speak in respect of 1MDB and 2.6 billion ringgit in Najib’s personal account.

10. When several branch leaders questioned and criticized Najib for the 1MDB, the RM2.6 billion in his account and the involvement of Jho Low and Good Star Ltd. in the management of 1MDB’s funds that led to hundreds of millions of US dollars gone missing, these Branch Heads are sacked.

11. Usually when a leader strays, the country’s Constitution gives the right to Members of Parliament to call for a vote of no confidence in Parliament. But because of the “bran” and different kinds of pressures, apart from two members of UMNO, other UMNO members and also BN dare not support any no-confidence motion if proposed.

12. Citizens have lost all freedom of speech. All provisions in the Constitution and the law relating to freedom of speech has been eliminated. Reporting to the police about crimes committed by leaders are not only ineffective but the reporter himself may be detained.

13. Now citizens are trying to appeal to the Yang di Pertuan Agong through the Declaration of the People. No doubt there is no provision in the Constitution for citizens to appeal to the Rulers. However, as all other avenues to raise their grievances are eliminated, they have no choice but to appeal to the Rulers. Najib himself also does not obey the Constitution, the laws and the principles of democracy with respect to freedom of expression by the people.

14. Threats have also been made to confiscate passports, if while outside the country, they give statements to foreign media regarding the wrongdoings of Najib’s administration.

15. More than a million people have signed the Declaration of the People to save Malaysia, although a warning have been sounded by the Government of Najib that those who signed the Declaration of the People will lose BRIM aid, children’s scholarships, business opportunities, licenses and all amenities which are the rights of people. Businesses will be searched by the Inland Revenue Department, contracts not awarded, hindrances when dealing with government offices and other threats.

16. Now there is a supporter of Najib belittling the Declaration of the People, alleging the existence of plenty of scams. He had urged the police to seize the Declaration at the Secretariat. The intention is for the police to be able to identify those who have signed the Declaration and therefore would be able to intimidate them.

17. Indeed there are many who are not willing to sign the Declararion because Najib’s regime will threaten and disturb them. If there are no threats and intimidation there are more people who will sign the Declaration of the People. Actually, millions of people agree that Najib step down as Prime Minister. But they fear action by Najib’s regime.

18. This supporter of Najib is a traitor of the nation and democracy who is not happy because the people speaks. Supposedly he is from the opposition party which is hostile to Najib’s government. But in fact he is Najib’s secret supporter who wants to save him.

19. Efforts to get the Declaration of the People signed will continue. I believe there are many Malaysians brave enough to speak up.

20. Traitors to the nation and democracy will not succeed despite getting Najib’s protection.

Thursday, June 2, 2016

THE CITIZEN'S DECLARATION

As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on June 01, 2016

1. Malaysia is a Constitutional Monarchy and a Parliamentary Democracy.

2. The country has a written constitution and laws to protect the people from criminal acts and abuses of power by the Government.

3. Unfortunately we are seeing the Constitution and the laws of the country being ignored or abused. The built-in constitutional provision for redress i.e the report to the police and the vote of non-confidence to remove the leader are now no longer available.

4. The separation of power between the Legislative, the Executive and the Judiciary is not respected any more. The Prime Minister seems to exercise power over all three. As a result he seems to be above the laws of the country.

5. He created a national wealth fund from borrowed money.

6. Now the Government is in debt totalling RM50 billion.

7. 1MDB is unable to pay a two billion dollar interest on the debt.

8. 1MDB defaulted on the payment of another debt. 1MDB invested one billion dollars in JV with Petro Saudi, supposedly to exploit oil and gas concessions in Argentina and Turkmenistan.

9. The JV was dissolved as there was no oil or gas to produce.

10. The USD 1 billion share in the JV was lent or sold to Petro Saudi for 1.2 billion.

11. More money was lent to Petro Saudi.

12. Where the money has gone to is not known.

13. More than 2 billion USD was invested in Cayman Islands.

14. The money was said to have been brought back and deposited in a Singapore bank.

15. The Singapore bank denies money had been deposited with it by 1MDB.

16. 1MDB then claims it was not money, but units. What unit?

17. Suddenly Najib was reported to have USD 681 million (equal to RM 2.6 billion) in his private account in Ambank.

18. He claims it was a donation but has no credible document to prove it.

19. He had spent some of the money held in this account on himself.

20. There is no record of his spending on UMNO in the 13th General Election as he claims.

21. Reports by Bank Negara apparently on this account has been brushed aside by the newly appointed Attorney General.

22. There are many more things done by Najib which require police investigations together with other Government agencies under the law.

23. All these investigations cannot be done because they are stopped by Najib as Prime Minister.

24. In fact all avenues for redress are now not available to the citizens of Malaysia.

25. These are extraordinary circumstances and resort has got to be made through extraordinary means.

26. Hence the Citizens’ Declaration on saving Malaysia and the appeal to the Rulers to intervene.

27. Although there is no provision for the Rulers to intervene, nevertheless there are ways and means for the Rulers to save the country from the abuses of power by Prime Minister Najib.

28. The people look up to the Rulers to save Malaysia.

29. I am sure the Rulers will not fail them.



Versi BM
DEKLARASI RAKYAT

1. Malaysia adalah sebuah negara yang mengamal sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.

2. Negara ini mempunyai perlembagaan tertulis dan undang-undang untuk melindungi rakyat daripada perbuatan jenayah dan penyalahgunaan kuasa oleh Kerajaan.

3. Malangnya kita sedang melihat Perlembagaan dan undang-undang negara diabaikan atau pun dicabuli. Kaedah untuk mendapat keadilan menerusi perlembagaan, iaitu membuat laporan kepada polis dan undi tidak percaya untuk menyingkir pemimpin kini tiada lagi wujud.

4. Pemisahan kuasa di antara Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman tidak dihormati lagi. Perdana Menteri seolah-olah mempunyai kuasa ke atas ketiga-tiganya. Akibatnya, beliau seolah-olah kebal dari segala undang-undang negara.

5. Dia menciptakan dana kekayaan negara (national wealth fund) dari wang yang dipinjam.

6. Sekarang Kerajaan sedang menanggung hutang yang berjumlah RM50 bilion.

7. 1MDB tidak dapat membayar faedah dua bilion dolar atas pinjaman.

8. 1MDB mungkir membuat pembayaran atas hutang yang lain. 1MDB melabur satu bilion dolar dalam syarikat usahasama dengan Petro Saudi, kononnya untuk mengeksploitasi konsesi minyak dan gas di Argentina dan Turkmenistan.

9. Usahasama tersebut telah dibubarkan kerana tidak ada minyak atau gas untuk dikeluarkan.

10. Saham USD1 bilion dalam usahasama tersebut telah dipinjamkan atau dijual kepada Petro Saudi dengan harga 1.2 bilion.

11. Lebih banyak wang lagi telah dipinjamkan kepada Petro Saudi.

12. Ke mana wang itu telah pergi tidak diketahui.

13. Lebih daripada USD2 bilion telah dilaburkan di Kepulauan Cayman.

14. Wang itu dikatakan telah dibawa balik dan didepositkan di sebuah bank Singapura.

15. Bank Singapura itu menafikan bahawa wang telah didepositkan dengannya oleh 1MDB.

16. 1MDB kemudianya mendakwa ianya bukan wang, tetapi unit. Unit apa?

17. Tiba-tiba Najib dilaporkan mempunyai USD681 juta (bersamaan dengan RM2.6 bilion) di dalam akaun peribadinya di Ambank.

18. Beliau mendakwa ia adalah sumbangan tetapi tidak dapat menunjukkan sebarang dokumen yang boleh dipercayai untuk membuktikannya.

19. Beliau telah membelanjakan sebahagian daripada wang yang dipegang dalam akaunnya itu untuk kegunaan peribadi.

20. Tiada rekod menunjukkan beliau membelanjakan untuk UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-13 sepertimana yang beliau mendakwa.

21. Laporan oleh Bank Negara bagi akaun ini nampaknya telah diketepikan oleh Peguam Negara yang baru dilantik.

22. Terdapat banyak lagi perkara-perkara yang dilakukan oleh Najib yang memerlukan siasatan oleh pihak polis bersama-sama dengan agensi-agensi lain di bawah undang-undang.

23. Segala siasatan ini tidak dapat dilakukan kerana dihentikan oleh Najib sebagai Perdana Menteri.

24. Malah semua saluran untuk mencari penyelesaian kini tidak ada kepada rakyat Malaysia.

25. Ini adalah keadaan yang luar biasa dan jalan penyelesaian perlu dibuat melalui cara yang luar biasa jua.

26. Jesteru, Deklarasi Rakyat untuk menyelamatkan Malaysia dan rayuan kepada Raja-Raja untuk bercampur tangan.

27. Walaupun tidak ada peruntukan untuk Raja-Raja bercampur tangan, namun terdapat cara dan kaedah untuk Raja-Raja menyelamatkan negara ini dari segala penyalahgunaan kuasa oleh Perdana Menteri Najib.

28. Rakyat mengharapkan Raja-Raja untuk menyelamatkan Malaysia.

29. Saya yakin Raja-Raja tidak akan mengecewakan mereka.