Wednesday, June 17, 2009

SOUND BITES


As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on June 17, 2009 10:40 AM

KEJU SUSU KAMBING

1. Mike, pengusaha keju mozzarella di Langkawi telah kembangkan perusahaanya dengan membuat keju dari susu kambing yang di ternak olehnya.

2. Kualiti kejunya amat baik dan diterima oleh hotel lima-bintang di Langkawi.

3. Mike menunjuk banyak lagi hasil dari proses membuat keju susu kambing dan semua by-products ini boleh diguna untuk buat pizza dan lain-lain.

4. Malaysia bukannya terkenal sebagai negara yang mengeluarkan keju. Tetapi saya fikir, setelah melihat pengeluaran mozzarella cheese dan keju susu kambing, tidak ada sebab kenapa kita tidak boleh adakan industri baru ini.

LISRAM (Langkawi International Shooting Range Malaysia)

1. Semasa kita mengadakan Sukan Komanwel sebuah lapangan sasar telah dibangunkan di Langkawi. Lapangan sasar ini mempunyai kawasan yang cukup luas, terletak di tepi bukit dan mempunyai air terjun. Ia di lanskap dengan cukup cantik.

2. Semua jenis sukan menembak boleh diadakan termasuk skit-shooting dan lapangan untuk tembakan jauh 1 kilometer.

3. Kerajaan telah belanja entah berapa juta untuk bangunkan Lisram. Untuk selenggara beberapa anggota pasukan keselamatan diadakan.

4. Kadang-kadang pasukan-pasukan keselamatan mengadakan latihan disitu. Tetapi biasanya Lisram tidak digunakan.

5. Saya terfikir ramai pelancong datang ke Langkawi. Di antara dua juta pelancong tentu ada sebilangan yang berminat dengan sukan tembak-menembak.

6. Jika disedia jenis-jenis alatan menembak di Lisram dan disewakan kepada peminat sukan ini di antara pelancong yang datang ke Langkawi, ia bukan sahaja akan memberi pulangan kepada pelaburan yang besar yang telah dibuat, ia juga boleh jadi satu tarikan untuk pelancong datang ke Langkawi.

7. Saya tahu Kerajaan amat curiga jika senjata disimpan tanpa kawalan rapi. Tetapi tentu kawalan rapi boleh diadakan di Lisram atau di balai polis di Kuah. Bukan sesuatu yang tidak dapat di lakukan jika kita ingin membuat sesuatu.

8. Ini adalah cadangan saya. Hanya yang berkuasa sahaja yang boleh laksanakan cadangan ini.