Thursday, January 28, 2016

QUO VADIS MALAYSIA

As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on January 27, 2016

1.​ In Malaysia the Attorney General decides if a law has been broken or not. That decision is in fact a judgement. The A.G. is both a judge and a prosecutor. This in itself is an injustice.

2. ​I admit I was not shocked when the A.G. decided that the report by the MACC does not show that the Prime Minister has committed any criminal act when 2.6 billion Ringgit is found in his private account or a further amount of 42 million Ringgit was also in his account. I had already said it would be his decision.

3. ​Merely having that amount of money in a Prime Minister’s account is already wrong even though it may not be criminal. But now the A.G. declares that the money was a gift from the Saudis.

4. ​It seems there was a letter by a Saudi stating that a sum of US$ 681 million or RM2.08 billion was a donation for the PM’s contribution to the fight against Islamic terrorists. Who is this Arab, how does he have the huge sum of money to give away, what is his business, what is his bank, how was the money transferred, what documents prove these. Just a letter from a deceased person or some nonentity is enough for the A.G.

5. ​Then he goes on to say that the balance of US$620 million or RM2.03 billion has been returned to the Saudis. How and when was this done? We are told the balance is frozen by Singapore. Can Singapore explain the unfreezing and the delivery back to the Saudis? Or does Singapore also believe in the free gift story, the letter and the Saudi admission.

6.​ Singapore is a financial centre. Can it be so gullible?

7. ​Then the A.G. concludes that there is no case for Najib to answer. He also directed MACC to close the case and cease investigation.

8. ​I thought the MACC is an independent body. Now it seems it is subordinate to the A.G. and it takes orders from him. No wonder Malaysia is included among the ten most corrupt countries in the world. The Anti-Corruption Agency is not free.

9. ​I was right when I predicted that the A.G. will reject the report by the MACC as he did with the report by Bank Negara.

10. ​A lot of people must know the contents of both reports. But they have all seen what can happen even when someone lodges a report to the police. And they are scared.

11. ​I am scared too. In Malaysia today laws and rules no longer protect the people. The OSA for example is used to prevent reports from reaching the people. On the other hand people are now exposed to abuse of the OSA and they may end up in jail. Even the ISA did not frighten people as much.

12. ​Quo vadis Malaysia.


Versi BM
QUO VADIS (KE MANA ARAHNYA?)

1. Di Malaysia, Peguam Negara yang memutuskan jika sesuatu undang-undang dilanggar atau tidak. Keputusan tersebut merupakan satu penghakiman. Peguam Negara bertindak sebagai Hakim dan Pendakwa Raya. Ini dengan sendirinya satu ketidakadilan.

2. Saya mengaku saya tidak terperanjat apabila Peguam Negara memutuskan laporan oleh SPRM tidak menunjuk YB Perdana Menteri telah melakukan perbuatan jenayah apabila RM 2.6 bilion dijumpai di dalam akaun peribadi beliau atau selanjutnya jumlah RM 42 juta juga didapati di dalam akaun beliau. Saya telah menyatakan Peguam Negara akan membuat keputusan yang sedemikian.

3. Hanya dengan mempunyai sejumlah wang berkenaan sahaja di dalam akaun Perdana Menteri adalah menjadi satu kesalahan walau pun ianya mungkin bukan perbuatan jenayah. Tetapi kini Peguam Negara telah mengistiharkan wang tersebut merupakan hadiah Dari pihak Arab Saudi.

4. Kononnya terdapat sepucuk surat dari Saudi yang menyatakan bahawa wang berjumlah USD 681 juta atau RM 2.08 bilion adalah hadiah kepada Perdana Menteri atas sumbangan beliau melawani pengganas Islam. Siapakah gerangan Arab ini, bagaimana beliau mempunyai wang yang begitu banyak untuk diderma, apakah jenis perniagaan beliau, apakah maklumat perbankannya, bagaimana wang berkenaan disalurkan, apakah dokumen-dokumen bagi membuktikannya? Hanya sepucuk surat dari individu yang telah meninggal atau badan-badan yang agak samar latar belakangnya adalah memadai untuk Peguam Negara.

5. Kemudian beliau menyatakan bahawa baki USD 620 juta atau RM 2.03 bilion telah dipulangkan kepada pihak Saudi. Bagaimana dan bila ini dilakukan? Kita dimaklumkan baki berkenaan telah dibekukan oleh pihak Singapura. Bolehkah pihak Singapura menjelaskan pembatalan pembekuan dan penghantaran semula kepada pihak Saudi? Atau adakah pihak Singapura juga mempercayai cerita sumbangan percuma, surat berkenaan dan pengakuan pihak Saudi?

6. Singapura adalah sebuah pusat kewangan. Adakah negara tersebut begitu mudah mempercayainya?

7. Kemudian Peguam Negara memutuskan bahawa tidak ada kes terhadap Najib. Beliau juga mengarahkan supaya pihak SPRM menutup kes berkenaan dan memberhentikan penyiasatan.

8. Saya fikirkan pihak SPRM merupakan badan yang bebas. Namun kini kelihatan SPRM berada di bawah bidang kuasa Peguam Negara dan menerima arahan dari pihaknya. Tidak hairanlah Malaysia termasuk dalam senarai antara sepuluh negara yang paling korup di dunia. Badan pencegah rasuah tidak bebas.

9. Adalah bertepatan apabila saya meramalkan bahawa Peguam Negara akan menolak laporan dari SPRM seperti mana yang berlaku dengan laporan dari Bank Negara.

10. Ramai orang semestinya telah mengetahui isi kandungan kedua-dua laporan berkenaan. Walau bagaimana pun mereka telah melihat apa yang boleh terjadi apabila seseorang membuat laporan kepada polis. Dan mereka berasa takut.

11. Saya juga takut. Hari ini undang-undang tidak lagi melindungi orang ramai. Sebagai contoh, Akta Rahsia Resmi kini digunakan untuk menghalang laporan-laporan dari diketahui umum. Sebaliknya orang ramai kini terdedah dengan penyalahgunaan Akta Rahsia Resmi dan risiko dimasukkan ke penjara. Sehinggakan Akta Keselamatan Dalam Negeri tidak memberi ketakutan yang sedemikian kepada orang ramai.

12. Quo Vadis Malaysia (Ke mana arahnya Malaysia?)

Thursday, January 21, 2016

THE TPP

As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on January 20, 2016

1. The International Trade and Industry (MITI) Minister says it will take two years to amend 26 laws to meet TPP requirements.

2. This is a clear admission that the TPP limits Malaysia’s freedom to make laws deemed necessary for the country. These laws have been passed by the Malaysian Parliament apparently because they were considered essential and god for the country. But now they have to be amended because the TPP is apparently more powerful than our elected parliament in determining what laws Malaysia should have.

3. By the same token future laws to be debated in Parliament must be subjected to the requirements or conditions in the TPP. Being right and suitable for Malaysia’s needs is not enough anymore. The needs of TPP will outweigh Malaysia’s needs.

4. Malaysia is not exactly like the other members of the TPP. We have many sensitivities because of our racial mix, our economic disparities, our poverty rates and our low levels of incomes. To correct all the economic, political and social problems certain policies and laws must be put in place. These are meant for overcoming our domestic problems. But these are no longer enough. If they don’t conform to TPP conditions they may not be passed by Parliament. A part of our independent rights will be eroded. The need to amend 26 of our existing laws carries this implication.

5. When those opposed to the TPP claim that the so-called free-trade agreement would undermine our sovereignty, and our freedom to act in our interest, they are dismissed for being emotional. But now it is clear that the TPP will stand in the way of our legislative rights, a fundamental freedom of a sovereign country.

6. Our founding fathers fought hard to gain independence; to be masters of our own affairs and destiny and now we are going sign away our rights and our freedom because of the need to obey the dictates of TPPA.

7. I have no doubt the rubber-stamp parliament will approve the TPP. That in itself is evidence that we are preparing to submit to foreign forces and give up the Merdeka that our former leaders had fought so hard for.

8. Truly cash is king.


Versi BM
TRANS-PACIFIC PARTNERSHIP

1. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata ia akan mengambil masa dua tahun untuk meminda 26 undang-undang untuk memenuhi keperluan TPP.

2. Ini adalah satu pengakuan yang jelas bahawa TPP menghadkan kebebasan Malaysia untuk menggubal undang-undang yang dianggap perlu untuk negara. Undang-undang ini telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia kononnya kerana ianya dianggap penting dan baik untuk negara. Tetapi sekarang ianya perlu dipinda kerana TPP nampaknya lebih berkuasa daripada Parlimen kita yang dipilih rakyat dalam menentukan apa undang-undang Malaysia yang sepatutnya.

3. Atas sebab yang sama undang-undang masa depan yang akan dibahaskan di Parlimen mesti tertakluk kepada kemahuan atau syarat-syarat dalam TPP. Tepat dan sesuai untuk keperluan Malaysia sahaja tidak lagi mencukupi. Keperluan TPP akan melebihi keperluan Malaysia.

4. Malaysia tidak sama seperti anggota-anggota TPP yang lain. Kita mempunyai banyak sensitiviti kerana kepelbagaian kaum, jurang ekonomi, kadar kemiskinan dan tahap pendapatan yang rendah. Untuk membetulkan semua masalah ekonomi, politik dan sosial, dasar dan undang-undang tertentu perlu diadakan. Ini adalah bertujuan untuk mengatasi masalah dalaman kita. Tetapi ini semua adalah tidak lagi mencukupi. Jika ianya tidak mematuhi syarat-syarat TPP ianya mungkin tidak akan diluluskan oleh Parlimen. Sebahagian daripada hak-hak kebebasan kita akan terhakis. Keperluan untuk meminda 26 undang-undang yang sedia ada membawa implikasi ini.

5. Apabila mereka yang menentang TPP mendakwa bahawa perjanjian yang dikenali sebagai perdagangan bebas ini akan melemahkan kedaulatan negara, dan kebebasan kita untuk bertindak demi kepentingan diri sendiri, mereka dihalang kerana dianggap beremosi. Tetapi kini adalah jelas bahawa TPP menghalang perjalanan hak-hak perundangan kita, kebebasan asasi negara yang berdaulat.

6. Bapa-bapa pengasas negara kita berjuang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kemerdekaan, supaya kita menjadi penguasa hal ehwal dan takdir diri sendiri, dan sekarang kita akan melepaskan hak dan kebebasan kita kerana perlu mematuhi telunjuk TPPA.

7. Saya tidak ragu-ragu bahawa Parlimen Pak Turut akan meluluskan TPP. Itu sendiri adalah bukti bahawa kita sedang membuat persiapan untuk menyerah kepada kuasa-kuasa asing dan mengorbankan Merdeka yang pemimpin-pemimpin kita yang dahulu telah berjuang begitu keras untuk mendapatnya.

8. Sesungguhnya wang adalah raja.