Thursday, March 16, 2017

MENGHALAL YANG HARAM

7btc
As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on March 15, 2017

1. ​Cash is King atau Wang Tunai itu Raja bermakna kepercayaan bahawa sogokan wang; rasuah boleh menjayakan apa sahaja.

2.​ Inilah yang dipercayai oleh Dato Seri Najib Perdana Menteri Malaysia. Dia percaya dia boleh berjaya melalui rasuah.

3. ​Ternampak ramai juga dari pemegang jawatan tinggi dalam Kerajaan Malaysia sekarang yang percaya Cash is King. Sebab itu kita lihat sekarang bukan sahaja rasuah melibatkan ramai pegawai tinggi Kerajaan tetapi jumlah wang yang mereka kumpul juga amat besar; berpuluh bahkan beratus juta Ringgit. Cara hidup mereka juga mewah luar biasa.

4. ​Kesannya ialah peningkatan kos segala-galanya, hasil kerja berkualiti rendah dengan harga yang lebih tinggi kerana pemberi rasuah cuba mendapat balik wang yang dihulur untuk kelulusan dari pegawai.

5. ​Ramai pemimpin politik Kerajaan sudah menjadi begitu kaya kerana rasuah. Tidak ada segan silu lagi apabila menunjuk stail cara hidup mewah yang melebihi pendapatan yang halal. Jika orang ramai lihat perbelanjaan perkahwinan anak yang menelan berjuta ringgit, pemilikan rumah seperti mahligai, kereta mewah dan lain-lain, itu okay. Apa yang mereka boleh buat. Aku kebal, kata perasuah.

4. ​Jika pemimpin tertinggi jelas menerima rasuah dan percaya cash is king, kenapa mereka yang berada di bawah pemimpin perasuah ini tidak boleh terima bahagian mereka. Maka bertimbun-timbunlah kes rasuah yang dikesan oleh badan pencegah rasuah. Dan masyarakat pun tidak lagi hairan melihat kes-kes ini. Dia sudah jadi perkara biasa!

5. ​Jika dunia mendakwa negara Malaysia tinggi indeks korupsinya, itu pun okay. Apa yang mereka boleh buat. Kita ada kawan yang tidak peduli indeks apa pun.


6. ​Budaya masyarakat sudah berubah dan menerima Cash is King sebagai sebahagian dari budaya kita. Untuk apa sahaja, sogokan perlu diberi dengan wang rasuah yang meningkat. Dan kos sara hidup meningkat. Pembangunan pun tersekat, khidmat pun terlewat.

7. ​Apabila datang seorang menghulur duit untuk mendapat khidmat yang percuma, percayalah tujuannya ialah untuk membolehkannya kuasa dan peluang untuk melakukan sesuatu yang tidak baik. Yang menerima sogokan akan menjadi rakan dalam jenayah yang akan dilakukan.

8. ​Demikian undi dalam PRU adalah percuma. Tidak ada bayaran apa-apa yang diperlukan. Jika sesiapa menghulur duit untuk mendapat undi, sebabnya tentulah kerana mempunyai niat yang tidak baik jika menang.

9. ​Perlakuan yang tidak baik oleh pemenang melalui rasuah tetap akan membawa kerosakan yang akhirnya akan dirasai oleh pengundi itu sendiri. Lebih dari itu jika pemenang mendiri Kerajaan, maka kuasa dan kewangan Kerajaan tetap akan disalahgunakan. Jika perlakuan sekarang dijadikan contoh, pencurian duit Kerajaan juga boleh berlaku.

10. ​Kenapa tidak. Untuk terus berkuasa sogokan perlu diberi lagi. Penipuan, pencurian mesti dilakukan lagi. Dengan menyalahguna wang Kerajaan, pentadbiran akan menghadapi masalah kewangan. Akhirnya negara akan jadi bankrap. Dengan ini rakyat, termasuk mereka yang menerima sogokan akan menderita.