Monday, September 5, 2016

SAYA ORANG BAIK – JAMAL

7btc
As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on September 05, 2016

1. Jamal, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar mendakwa mengaku yang dianya menerima berpuluh ribu ringgit dari rakan-rakannya (baca di sini).

2. Mengikut undang-undang Malaysia, tiap wang yang diterima oleh seseorang ialah pendapatan (income).

3. Pendapatan seseorang dengan apa cara atau sebab, perlu dilapor kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri supaya cukai dibayar keatasnya. Demikian juga jika wang diterima dibelanja dengan apa cara sekalipun, laporan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri perlu dibuat.

4. Derma yang tidak dikena cukai ialah derma kepada badan-badan kebajikan yang telah dilulus oleh Kementerian Kewangan bebas dari bayaran cukai. Namun borang cukai mesti diisi supaya Lembaga Hasil Dalam Negeri termaklum akan penderma yang Lembaga akan kecualikan dari cukai ke atas jumlah yang diderma. Jika tidak dapat dikecuali dari cukai pendapatan, penderma dan penerima perlu sebut dalam borang income tax akan jumlah supaya cukai dibayar ke atas jumlah derma.

5. Soalnya, apakah Lembaga Hasil Dalam Negeri diberi laporan oleh orang baik akan jumlah pemberian oleh rakan-rakan orang ini.

6. Apakah Lembaga Hasil Dalam Negeri telah secara rasmi, mengecualikan pemberian kepada orang baik dari bayaran cukai.

7. Apakah penerima RM1000.00 dari orang baik ini melapor kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri akan penerimaannya. Apakah ia membayar cukai pendapatan atau tidak.

8. Sesungguhnya banyak soalan perlu dibuat terhadap orang baik ini. Taksiran kasar saya menunjuk berpuluh ribu ringgit perlu dibayar oleh mereka yang memberi kepada orang baik, berpuluh ribu ringgit lagi oleh orang baik, dan beribu lagi oleh penerima yang menerima dari orang baik.

9. Janganlah hendaknya OSA diguna untuk sembunyi jenayah kerana yang melakukannya ialah orang yang baik.

10. Jika benar baik isilah borang penerimaan dan pemberian dalam borang Lembaga Hasil Dalam Negeri dan bayarlah cukai yang ditaksir.