Thursday, August 11, 2016

NAJIB’S FREEDOM


As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on August 10, 2016

1. Najib tells his tame audience that I want him to do things my way only. Maybe so though I don’t think it is true.

2. But if he wants to do things his way, it should at least to be something good for the country. Promoting corruption is certainly not good for the country or for anyone.

3. Having 2.6 billion Ringgit in his private account is also not good. No Prime Minister of Malaysia should have that amount of Ringgit in his private account. And the explanation he gives as to the source of the billions is quite ridiculous.

4. And now it is about loyalty to the institution of the President of UMNO.

5. So what will come next? It must be President for life.

6. And after that. There should be a dynasty. A Crown Prince no less. But call it the Deputy President. And he must be from the family, including the wife’s.

7. In my time, I was challenged. Tengku Razaleigh contested against me. So did Musa Hitam. Four of my Cabinet Ministers backed my challengers. I did not ask them to be loyal to me as President of the party.

8. They lost. But the Ministers continued to be Ministers. One even got to be Prime Minister.

9. They don’t and I didn’t expect them to regard me as an institution which cannot be challenged.

10. Ah! Am I not promoting my own son? Not in my time. Not when I had the power to do.

11. But when he fights his own battle, am I supposed to fight against him? If he wins, he wins. If he loses, that will not be my doing. Already he has lost for having the same stand as I have.

12. I am old now. But Allah be praised, I am not senile. I would gladly accept an open debate with Najib with live audience and T.V. live telecast.

13. The debate should be on governing a country.

14. I may lose. Cash may win. It is for Malaysians to evaluate, not TV3 or the NST or my own known supporters.

15. I am writing this from the hospital. I would like to thank all the well wishers for their get-well-quick messages.

16. Messages help but applying to join the new party would be even better.

Save Malaysia.



Versi Bahasa Melayu
KEBEBASAN NAJIB

1. Najib memberitahu penontonnya yang jinak bahawa saya mahu beliau melakukan semua perkara dengan cara saya sahaja. Mungkin begitu, tetapi saya tidak fikir ianya adalah benar.

2. Tetapi jika sekiranya beliau mahu melakukan segalanya mengikut caranya sendiri, sekurang-kurangnya beliau perlu melakukan yang baik untuk negara ini. Menggalakkan rasuah sudah pasti tidak baik untuk negara atau untuk sesiapa sahaja.

3. Mempunyai 2.6 bilion ringgit dalam akaun peribadinya juga tidak baik. Tiada Perdana Menteri Malaysia harus mempunyai wang sejumlah begitu dalam akaun peribadi. Dan penjelasan yang beliau berikan mengenai sumber berbilion itu agak tidak masuk akal.

4. Dan kini adalah hal kesetiaan kepada institusi Presiden UMNO.

5. Dan apa pula yang akan datang? Semestinya ialah Presiden seumur hidup.

6. Dan selepas itu? Perlu ada satu dinasti. Putera Mahkota tidak sekurang-kurangnya. Tetapi panggil beliau Timbalan Presiden. Dan dia mesti dari keluarga, termasuk isteri.

7. Pada zaman saya, saya telah dicabar. Tengku Razaleigh bertanding menentang saya. Begitu juga Musa Hitam. Empat daripada Menteri Kabinet saya menyokong pencabar saya. Saya tidak meminta mereka untuk setia kepada saya sebagai Presiden parti.

8. Mereka tewas. Tetapi mereka terus menjadi Menteri. Seorang juga mendapat menjadi Perdana Menteri.

9. Mereka tidak, dan saya juga tidak mengharapkan mereka menganggap saya sebagai sebuah institusi yang tidak boleh dicabar.

10. Ah! Adakah saya tidak mempromosikan anak saya sendiri? Tidak, pada masa zaman saya. Tidak, apabila saya mempunyai kuasa untuk melakukannya.

11. Tetapi apabila dia berjuang pertempuran beliau sendiri, adakah saya sepatutnya menentang beliau? Jika beliau menang, beliau menang. Jika beliau tewas, bukan saya yang melakukannya. Sudah pun beliau tewas kerana mempunyai pendirian yang sama seperti saya.

12. Saya berumur sekarang. Tetapi Alhamdulillah, saya belum lagi nyanyok. Saya dengan senang hati akan terima cabaran debat terbuka dengan Najib di hadapan penonton dan siaran television secara langsung.

13. Perbahasan hendaklah mengenai mentadbir negara.

14. Mungkin saya kalah. Wang tunai boleh menang. Ianya adalah untuk rakyat Malaysia menilai, bukan TV3 atau NST atau mereka yang memang penyokong saya.

15. Saya menulis ini dari hospital. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua mereka yang menghantar mesej cepat sembuh kepada saya.

16. Ucapan-ucapan membantu, tetapi memohon untuk menyertai parti baru itu adalah lebih baik.

Selamatkan Malaysia.