Wednesday, September 22, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on September 9, 2010 1:45 PM

Saya dan isteri saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin, kepada semua rakyat Malaysia yang berugama Islam, khususnya kepada pembaca blog ini.

Saya harap semua rakyat Malaysia akan dapat merayakan hari kebesaran ini dengan penuh ketenangan dan kegembiraan, dan tradisi kunjung mengunjung ke rumah terbuka akan diteruskan dalam semangat perpaduan yang erat antara kaum.

Bagi mereka yang pulang ke kampung berhari raya, pandulah dengan cermat. Biarlah lambat sedikit asalkan kita sampai ke destinasi yang dituju untuk beraya dengan orang yang dikasihi.

Saya juga ambil kesempatan ini untuk menjemput kepada yang berkesempatan ke rumah terbuka saya pada hari Ahad, 12hb September 2010 di kediaman saya di 58, Jalan Kuda Emas the Mines, Seri Kembangan bermula dari jam 10.00pg - 1.00tgh dan 3.00ptg - 5.00ptg

Mahathir dan Hasmah

1 Syawal 1431 Hijrah