As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on August 2, 2010 9:22 AM
1. Langkawi sekali lagi akan menjadi tuan rumah kepada satu pertandingan bertaraf antarabangsa dari 6 hingga 8 Ogos. Ia bukanlah pertandingan Le Tour de Langkawi. Kali ini, acaranya ialah Cabaran Mountain Bike Antarabangsa Langkawi 2010, yang akan diadakan sepenuhnya di Langkawi.
2. Peserta-peserta yang bertanding datang dari 16 negara, termasuk peserta Malaysia. Yang lainnya datang dari negara jiran Asia, Eropah termasuk juga dari Afrika Selatan. Acara ini menjanjikan satu pertandingan yang amat menarik dan akan mendapat liputan menyeluruh dari pihak media.
3. Saya berharap rakyat Malaysia tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan acara sukan ini disamping menikmati keindahan Langkawi serta membeli-belah di kedai bebas cukai.
4. Jangan lepaskan peluang ini!