Tuesday, December 15, 2009

POHON MAAF


As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on December 14, 2009 3:31 PM

1. Saya ucap berbanyak terima kasih kepada ramai yang memohon untuk berjumpa saya.

2. Saya telah cuba bertemu dengan seberapa ramai yang mungkin. Saya juga telah terima jemputan untuk beri syarahan berkenaan pelbagai tajuk. Di masa yang sama saya membuat lawatan keluar negeri kerana diundang untuk bercakap berkenaan tajuk tertentu. Juga saya menulis untuk ucapan, rencana dan blog. Banyaklah lagi jemputan yang telah saya tunaikan termasuk majlis perkahwinan.

3. Sesungguhnya saya lebih sibuk sekarang daripada masa saya jadi Perdana Menteri.

4. Oleh kerana sudah tidak ada masa lagi saya pohon maaf kerana banyak permintaan yang tidak dapat saya layan.

5. Harap maaf jika saya terpaksa menolak jemputan atau temujanji.