As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on December 30, 2009 5:00 PM
1. Yayasan Restu adalah sebuah badan bukan Kerajaan yang giat dalam pengeluaran Al-Quran yang dihias dengan lukisan bunga dan tumbuh-tumbuhan gaya Al-Quran tulisan tangan di zaman dahulu.
2. Yayasan Restu telah melatih penulis khad sehingga mereka dapat menulis dengan tangan Al-Quran dengan sepenuhnya.
3. Sekarang Yayasan Restu telah berjaya mengeluarkan Al-Quran dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang disahkan oleh Jabatan yang bertanggungjawab dalam Kerajaan.
4. Pihak Kerajaan Pusat pernah memberi bantuan kewangan kepada Yayasan Restu. Pihak Kerajaan Barisan Nasional Selangor pula telah beri secara percuma sebuah bangunan untuk usaha menulis Al-Quran, melatih penulis-penulis khad dan mempamer hasil usaha murni mereka.
5. Yayasan Restu mengguna semua pendapatan daripada penjualan Al-Quran keluaran mereka untuk membiayai kerja-kerja mereka sahaja. Ia adalah sebuah non-profit organisation.
6. Saya amat berterimakasih kepada Yayasan Restu kerana menghadiahkan kepada saya tiap-tiap keluaran baru dan memberi sebuah Al-Quran yang ditulis tangan khas bagi saya. Mereka mengambil masa hampir lima tahun untuk mushaf Al-Quran yang unik ini.
7. Saya ingin syorkan supaya pelawat ke Selangor melapangkan masa untuk melawat Kompleks Taman Seni Islam Selangor di Persiaran Damai, Seksyen 10, Shah Alam untuk melihat penulis menulis ayat-ayat Al-Quran dan pameran Al-Quran Yayasan Restu. Saya yakin pelawat akan berbangga dengan kecantikan Al-Quran mushaf Malaysia yang dipamerkan.
8. Sebagai hasil sampingan apabila Quran mushaf Malaysia dipamerkan di New Zealand dan ceramah diberi berkenaan isi kandungan Al-Quran, ada pelawat bukan Islam yang kemudian memeluk agama Islam, Alhamdulillah.