Wednesday, June 29, 2011

THE CENTURY OF THE WORLD

As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on June 28, 2011 9:30 AM

** This article was written for a talk I was to give to a forum. I could not deliver it as I was sick. Maybe it would be of interest to some people.**

1. I do not know whether the 21st Century would be an Asian Century or not. But what is certain is that Asia would play a greater role in the political, economic and socio-cultural affairs of the world during the century.

2. The world has been Eurocentric almost as soon as the Europeans reached Asia via the Cape of Good Hope. This happened because of the aggressiveness of their culture, which ensured the supply of trade goods through force and conquest.

3. The conquered territories were ruled largely through the European system of Government. It became clear that their system was superior, so that the countries that remained free such as Japan, China, and Thailand adopted the system gradually.

4. The acceptance of the European system extended to the ideologies and culture so that Europeanisation became almost total.

5. Of the Asian countries that Westernised, Japan was the most extensive. It was able to industrialise and to build up its military forces.

6. However, it was only after World War II that the European-style industrialisation took hold and spread to Taiwan, Korea, China and the countries of Southeast Asia.

7. Japan demonstrated an ability to outshine the European and shortly after came Korea and Taiwan. Now India has followed suit.

8. It became clear that the Asian countries of the East are capable of outstripping Europe. Such is their ability to compete in the manufacture of goods that Western products were swept off the world market.

9. Basically the Western countries gave up on manufacturing, except for certain niches, and switched to the financial market. Inventing numerous intangible products, the West seems to continue to grow. But in reality there was no growth as the financial products did not give rise to real business.

10. While the GDP and Per Capita Income figure seems to indicate continued growth and wealth creation, actually the West was in decline. Much of the skills in management and in productions have disappeared.

11. What is clear is that not only is Asia, East Asia in particular growing but the West is actually declining. Eventually the bubble bursts and despite all the efforts put in, the West cannot regain its old capacity to compete with the East, with Asia.

12. It would be wrong however to assume that the world will become Asia centric. Despite the decline of the West, the Europeans are not about to lose all their influence. They would still have a role to play in the affairs of the world.

13. The Asian countries will not be exclusively Asian. It would be shared with the Europeans. But the European will not be as aggressive as they used to be. Recognising the economic power of Asia with its mastery of technology and production capacity, the West will gradually reject any form of military confrontation because this strategy will no longer work. Indeed it can pose great danger to the West.

14. For its part, Asia would do well to realise the futility of open confrontations and war. Asia will not try to emulate the US during its heyday when the threat of force figures much in its policies.

15. The result may be greater respect of the multilateral organisation like the United Nations. China as one of the permanent five will be less likely, to disregard the moral pressure of the United Nations. It is even likely that the United Nations would not be forced through the manipulations of the permanent five. Certainly the United States would not be able to continue dominating or ignoring the United Nations.

16. When the power of Asia balances the power of the west, there would be less tension affecting the world. There could be a period of calm and prosperity for the world.

17. The diplomats of the East and West will have to try to maintain this period of peace and prosperity for as long as possible.

18. This is what the 21st Century will be about. It will be neither an Asian century nor a European century. It is more likely to be the century of the world.

Tuesday, June 21, 2011

SELIDIKI BERITA DARI ORANG FASIK

As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on June 20, 2011 8:07 PM

1. Saya berterimakasih kepada Amin Tan yang memperingati saya bahawa saya bukan ulama. Justeru itu saya lebih baik tumpu kepada bidang yang saya miliki kebolehan, seperti bidang perubatan dan pentadbiran.

2. Tiap kali saya sentuh hal-hal yang bersangkutan dengan agama Islam saya menerima peringatan ini. Saya umarak dan bukan ulama. Jangan bercakap berkenaan agama Islam.

3. Apakah seorang Muslim tidak perlu faham akan ajaran Islam barang sedikit pun? Apakah seorang Muslim dikehendaki mengikut secara buta-tuli apa sahaja yang didakwa oleh orang yang berpelajaran agama walaupun dakwaannya jelas bertentangan dengan ajaran Islam seperti yang diketahui oleh semua orang Islam?

4. Jika hari ini ada ajaran sesat, sebabnya ialah kerana pengikut terima apa sahaja yang disampaikan kepada mereka oleh orang yang mereka anggap sebagai terpelajar dalam agama Islam.

5. Jika hari ini ada puak Assabiah, sebabnya ialah kerana puak ini menerima dakwaan oleh orang tertentu tanpa soal.

6. Apabila sesiapa menyoal, bukan hujah dibelakang soalan itu yang diberi perhatian. Yang ditumpukan ialah siapa dianya yang menyoal.

7. Bahawa hujah dan soalan tetap tepat dan sesungguhnya boleh disahkan melalui rujukan kepada Al-Quran dan Hadith yang sahih, tidak dipedulikan. Yang diutamakan ialah siapa yang berhujah dan menyoal. Jika ia bukan ulama maka ini bermakna ia tetap salah dan perlu ditolak tanpa usual periksa.

8. Sifat inilah yang ada pada puak fanatik kepada kumpulan mereka dan pemimpin mereka. Terdapatnya Assabiah ialah kerana ada orang yang seperti ini. Kerana taksub dengan fahaman puak mereka, akal fikiran yang dianugerah oleh Tuhan kepada manusia diketepikan.

9. Kerana tidak tahu mengguna akal fikiran kurniaan Tuhan, maka tak dapatlah mereka menghurai dan menjelas kenapa dakwaan dan soalan terhadap pegangan mereka salah. Selalunya jawapan terhad kepada "kamu tidak tahu, kerana kamu bukan layak berhujah". Kamu bukan ulama, kamu umarak.

10. Saya percaya petikan ayat dari Al-Quran yang saya perturunkan di bawah ini juga akan ditolak kerana saya umarak.

11. Lagipun ia dalam bahasa Melayu justeru ia akan dikatakan bukan dari Al-Quran.

12. Ayat ini berbunyi, "Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiki kebenarannya supaya kamu tidak menyampaikan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu, sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan." Al Hujarat ayat 6.

13. Ayat ini ditujukan kepada orang yang beriman, tidak khusus bagi orang yang terpelajar dalam agama Islam. Dengan perkataan lain ayat ini ditujukan kepada umarak bersama ulamak.

14. Yang ditekankan ialah mereka beriman. Tidak sesiapa boleh dakwa hanya ulama sahaja yang beriman.

15. Ayat ini jelas menyuruh orang yang beriman menyoal berita yang dibawa oleh orang yang fasik akan kebenaran berita itu. Umpamanya apabila orang itu mendakwa mengundi sebuah parti politik akan menjamin syurga bagi orang berkenaan dan lain-lain lagi.

16. Apabila saya membuat teguran terhadap dakwaan yang tidak berasas apakah ini bermakna saya menentang ajaran Al-Quran. Atau apakah saya patuhi kehendak agama Islam seperti yang ternyata jelas dalam Surah Al Hujarat ayat keenam?

Friday, June 17, 2011

KETAKSUBAN PUAK ASSABIAH

As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on June 15, 2011 3:35 PM

1. Kita sebagai orang Islam menerima semua ajaran Islam. Tetapi kita tidak dapat faham dengan mudah semua ajaran islam yang terdapat dalam Al-Quran dan Hadith yang sahih. Justeru kita terpaksa bergantung kepada orang yang faham untuk terjemaahan dan tafsiran.

2. Mereka ini memang arif kerana mereka mendalami dalam bidang agama, termasuk membaca kitab-kitab tafsir selain dari Al-Quran dan Hadith. Tetapi mereka bukan Nabi. Sebaliknya mereka adalah manusia biasa. Dan sebagai manusia biasa mereka lemah dan terdedah kepada kemungkinan membuat kesilapan dan kesalahan. Sebab itulah kita dapati perbezaan antara tafsiran-tafsiran yang dibuat oleh mereka berkenaan perkara yang sama. Kadang-kadang perbezaan tafsiran mereka begitu ketara sehingga mereka dan pengikut mereka sering bermusuh dengan yang lain sehingga membunuh dan berperang. Kita baca berkenaan pengebom Syiah menyerang dan membunuh puak Sunni dan sebaliknya. Demikian juga dengan pengikut-pengikut pentafsir lain, Ahmadiah umpamanya.

3. Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w hanyalah satu. Sekarang terdapat banyak puak-puak atau mazhab Islam kerana mengikut ajaran dan tafsiran imam dan ulama yang berlainan.

4. Dinegara kita terdapat Arqam, Ayah Pin umpamanya kerana mengikut ajaran pemimpin. Sekarang mereka menubuh Kelab Isteri Setia yang bertujuan bersaing dengan pelacur. Pengikut As-Shaari dan Ayah Pin amat fanatik kepada mereka iaitu taksub kepada ajaran sesat mereka. Apabila sudah taksub, umat sukar untuk memperbetulkan fahaman mereka. Sesungguhnya mereka adalah golongan Assabiah kerana ketaksuban mereka.

5. Dalam politik juga terdapat kumpulan Assabiah ini. Kerana taksub dengan ajaran pemimpin, mereka tidak lagi menyoal apa sahaja ajaran yang disampaikan. Mereka terima dan telan, bahkan mereka akan bermusuh dengan sesiapa yang tidak percaya dengan ajaran pemimpin mereka.

6. Setelah taksub sebarang penjelasan akan kesilapan dan kesalahan ajaran pemimpin mereka akan ditolak secara buta-tuli. Ini ajaran pemimpin mereka, maka inilah sahaja ajaran yang betul. Jika pemimpin kata yang hitam itu putih maka mereka akan angguk "Ya, itu memang putih". Demikian puak yang taksub ini, puak assabiah ini. Hidung sudah dicucuk dan di mana diheret mereka turut dan pergi.

7. Berpecahnya umat Islam adalah kerana taksub kepada ajaran pemimpin. Al-Quran secara jelas memang menegas orang Islam itu adalah bersaudara. Tetapi apabila pemimpin berkata Islam menyuruh orang Islam berpecah-belah, yang taksub kepadanya akan berkata "Ya, benar Islam menyuruh orang Islam berpecah belah", seperti kata pemimpin mereka.

8. Apabila pemimpin berkata mereka disuruh tolak perpaduan dalam Islam untuk mendapat sokongan bukan Islam, mereka yang taksub akan terima bulat-bulat dakwaan pemimpin mereka. Biarlah bagaimana terangnya ajaran Al-Quran berkenaan dengan persaudaraan dalam Islam, ajaran pemimpin mereka dianggap lebih Islam dari Al-Quran.

9. Dahulu pemimpin mereka berkata bekerjasama dengan bukan Islam menjadikan orang itu kafir dan mereka kata "Kafir! Kafir!". Hari ini pemimpin mereka yang sama berkata mereka mesti bekerjama dengan orang yang kafir. mereka bersetuju dan terus berkerjasama dengan orang kafir. Mereka tidak lagi ambilkira dakwaan dahulu bahawa mereka akan jadi kafir.

10. Demikianlah dengan puak Assabiah, puak yang fanatik setia kepada pemimpin dan kumpulan mereka. Yang utama bukan ajaran Islam walaupun amat jelas. Yang diutamakan ialah kata-kata pemimpin mereka.

11. Hari ini umat Islam berpecah-belah kerana fahaman yang berbeza-beza berkenaan ajaran Islam. Di negara tercinta ini juga orang Melayu Islam berpecah-belah. Mereka berpecah dan menolak sebarang usaha untuk menyatupadukan mereka mengikut ajaran Islam yang terdapat dalam Al-Quran. Pemimpin mereka dan cita-cita besar pemimpin mereka untuk ke Putrajaya lebih utama bagi mereka dari ajaran Islam. Oleh itu Islam dan ajarannya yang sebenar boleh diketepikan untuk tidak menakutkan orang bukan Islam kerana sokongan mereka ini lebih utama daripada negara Islam dan hukum-hukumnya.

Saturday, June 11, 2011

KEJATUHAN NEGARA ISLAM PAS

As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on June 10, 2011 2:40 PM

1. Saya tertarik dengan penjelasan Nik Aziz kenapa selepas 30 tahun mengguna "perjuangan untuk Negara Islam ala PAS" untuk mendapat sokongan orang Melayu, sekarang PAS menggugurkan Negara Islam dan hukum Hudud. Kononnya Nik Aziz berpandukan Al-Quran dan Hadith.

2. Apakah Nik Aziz baru saja baca Surah Al-Baqarah dan sedar yang Negara Islam PAS menimbul salah faham dan menakutkan pihak tertentu? Jikalau kerana kesedaran ini akan menakutkan pihak tertentu (orang bukan Islam - Karpal Singh) maka PAS menggugur Negara Islam PAS, maka benarlah yang pengguguran ini bertujuan untuk menghapuskan ketakutan mereka ini, supaya mereka akan sokong PAS dalam pilihanraya, dan bukan kerana agama membenarkan atau tidak.

3. Kerana UMNO tidak menyokong Negara Islam PAS dan hukum Hudud PAS, Nik Aziz tidak terima UMNO.

4. Tetapi bila DAP dan Karpal Singh tidak bersetuju dengan pendirian PAS, Nik Aziz semak semula Surah Al-Baqarah dan tiba-tiba selepas 30 tahun, mendapati bahawa Negara Islam dan hukum Hudud boleh dibelakangkan dan diganti dengan Negara kebaijikan PAS.

5. Demikianlah Nik Aziz lebih bersedia akur kepada pendapat DAP dan Karpal kerana ingin mendapat undi bukan Islam. Penyokong PAS akan turut dimana sahaja pemimpin PAS bawa mereka. Gugur Islam pun mereka akan undi PAS.

6. Untuk perpaduan Melayu dan Islam Nik Aziz tidak sanggup berganjak walau sedikit pun. Biarlah orang Melayu Islam berpecah dan hancur kononnya kerana bagi Nik Aziz perjuangan PAS untuk Negara Islam dan hukum Hudud tidak boleh dibelakangkan atau digugur. Jika ada usaha untuk merapatkan hubungan dan kerjasama politik antara PAS dengan UMNO, Nik Aziz dengan tegas menolak kerana UMNO tidak Islam.

7. Tetapi kita sekarang dapat lihat bagaimana mudahnya PAS dan Nik Aziz menolak Negara Islam PAS dan hukum Hudud PAS kerana ingin bersekongkol dengan DAP untuk mendapat undi bukan Islam.

8. Wahai orang Melayu yang semuanya beragama Islam. Bukalah mata kamu dan lihatlah bagaimana PAS mempermainkan Islam. Bukan Surah Al-Baqarah yang mendorong PAS menggugurkan Negara Islamnya. Nik Aziz sendiri berkata yang mendorong PAS ialah ketakutan orang bukan Islam kepada Negara Islam. Untuk kemenangan pilihanraya ketakutan orang bukan Islam mesti dihilangkan dengan menggugurkan perjuangan Islam PAS.

Tuesday, June 7, 2011

SIAPA MENANG SIAPA KALAH

As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on June 7, 2011 8:41 AM

1. Dalam pertandingan tentu ada yang menang dan yang kalah. Pertandingan jarang menghasil keputusan "Menang Menang", dengan semua yang bertanding berjaya. Demikianlah juga Muktamar PAS yang baru lepas - terdapat yang menang dan yang kalah.

2. Katanya yang kalah ialah puak ulama. Yang menang ialah puak kopiah hitam, penyokong Anwar. Syabas.

3. Tetapi yang menang besar ialah tokoh yang tidak hadir dan bukan pun ahli PAS. Ianya ialah Karpal Singh. Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam PAS yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai. Karpal tidak perlu mati untuk PAS langkah mayatnya. Belum pun ia mati PAS sekarang sudah menjadikan perjuangan untuk negara Islam dan hukum hudud tidak lagi perkara utama. Sekarang PAS akan berjuang untuk negara kebajikan.

4. Tidak ada banyak laporan berkenaan perbincangan atau perbahasan berkenaan dengan pengenepian asas penubuhan parti PAS - iaitu mendiri negara Islam. Dengan begitu mudah asas ini digugurkan.

5. Kenapa? Kerana ingin menghalalkan kerjasama DAP, khusus Karpal. Lebih tepat lagi ialah kerana PAS tidak sanggup berhujah dengan Karpal Singh.

6. Syabas dan tahniah kepada Karpal. Akhirnya perjuangan mu menentang negara Islam PAS sudah berjaya.

Followers